Mahu Atasi Masalah PKS, Delyva Lancarkan Servis Penghantaran Antarabangsa

Hanif-Wahid-CEO-and-Herrey-Badrun-COO-of-Delyva

Press release by: vocket.tech
Original URL: https://vocket.tech/mahu-atasi-masalah-pks-delyva-lancarkan-servis-penghantaran-antarabangsa/

Syarikat logistik Delyva Sdn Bhd pada minggu ini telah melancarkan sebuah servis baharu dengan menawarkan servis penghantaran barangan antarabangsa khusus buat syarikat Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia.

Menerusi servis yang ditawarkan menerusi DelyvaNow, para syarikat PKS berpeluang menghantar dan menerima barangan kepada lebih 100 buah negara seluruh dunia beserta kos penghantaran yang berbaloi dan sistem tracking yang memudahkan pengguna.

Bukan itu sahaja, sistem yang ditawarkan Delyva membolehkan platform inimudah dipasangkan pada pelbagai laman jualan membolehkan para pengguna berpeluang menggunakan servis terbaru ini.

Untuk pengetahuan, Delyva mempunyai rekod yang baik dalam membantu pihak PKS dalam menguruskan penghantaran barangan dalam negara. Hal ini sekaligus menjadi dorongan buat Delyva untuk menawarkan servis yang terbaik menerusi pasaran luar Malaysia.

Menurut CEO Delyva Hanif Wahid, beliau memaklumkan servis terbaru mereka ini diperkenalkan selepas mengenal pasti masalah yang dihadapi pihak PKS yang terpaksa berbelanja besar untuk menghantar barangan mereka ke negara luar.

Kehadiran servis terbaru Delyva ini diharapkan mampu mengurangkan beban buat para PKS sekaligus menjamin servis yang lancar dan mudah buat para pengguna. Pihak Delyva berharap mampu mengumpul sekurang-kurangnya 100,000 PKS untuk menggunakan servis mereka menjelang akhir tahun ini.


Safwan Rahman

Head of Growth at Delyva. We help eCommerce & qCommerce businesses save time and money on deliveries, retain more customers and scale faster.