5 jenis perniagaan servis penghantaran online (Bahasa Malaysia)

Dengan peningkatan bilangan kes Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia atau ‘darurat’ di kebanyakan negara sekitar dunia, boleh dikatakan yang kebanyakan kita hari ini terpaksa kekal di rumah untuk beberapa bulan akan datang bagi mengelakkan sebarang risiko jangkitan. Dengan peraturan baharu yang diperkenalkan kerajaan iaitu had jarak perjalanan hanyalah 10km, kita semakin bergantung kepada internet dan platform online untuk membeli barang keperluan dan juga barangan yang lain. Malah, kebanyakan kedai, peruncit, dan banyak lagi perusahaan lain kini beralih kepada cara atas talian (online) dan digital serta menyediakan servis penghantaran untuk umum bagi memastikan perniagaan mereka kekal relevan dan mampu mengharungi waktu seumpama ini. Semestinya servis penghantaran barang secara atas talian ini bukanlah sesuatu yang baharu dalam kalangan kita, dan ia juga tidak terjadi dalam tempoh yang sekejap. Pengguna mula membeli secara atas talian sejak berdekad lalu, hanya baru-baru ini sahaja perniagaan eCommerce mula memacu momentum. Semuanya adalah disebabkan laman-laman web perniagaan seperti Zalora, Shoppee dan Lazada. Akibatnya, permintaan untuk penghantaran secara atas talian meningkat, menjadikan ini sebagai waktu terbaik untuk memulakan servis penghantaran atas talian. Jom tengok apakah jenis perniagaan yang anda boleh mulakan:

1. Perniagaan penghantaran bungkusan

Dengan peningkatan banyak perusahaan atas talian di serata dunia, semakin banyak peniaga yang mula bergantung kepada syarikat penghantaran untuk menghantar barangan kepada pelanggan. Perusahaan jenis penghantaran ini sangat penting sekarang, tambahan pula kita sekarang hidup dalam pandemik yang mana perniagaan fizikal dan kedai runcit digalakkan untuk beralih secara digital bagi memastikan mereka dapat bertahan. Memulakan syarikat penghantaran tidak susah. Anda hanya perlukan sumber yang boleh diharapkan bagi tujuan penghantaran untuk membawa semua pakej dari rumah ke rumah. Di samping itu, tempat penyimpanan atau gudang juga diperlukan untuk menyimpan semua pakej dan parcel yang akan dihantar. Tentukan apa jenis penghantaran dan peringkat servis yang anda sediakan – tak kisah sama ada penghantaran standard, panghantaran untuk hari esok, ekspres, penghantaran hari sama atau penghantaran segera. Untuk memudahkan proses penghantaran, sistem pengurusan penghantaran sangat diperlukan, dan DelyvaX akan membantu anda untuk memudahkan semua proses ini.

2. Perniagaan penghantaran makanan

Servis penghantaran makanan adalah sebahagian daripada industri penghantaran yang mana anda boleh memesan makanan melalui aplikasi atau laman web seperti GrabFood, FoodPanda, kedai makan atau perniagaan makanan & minuman seperti Domino’s Pizza dan PizzaHut. Walaupun perniagaan seumpama ini dikuasai oleh jenama-jenama sedemikian, namun masih ada ruang terbuka untuk bersaing dalam ruang perniagaan ini sekiranya anda bijak menawarkan apa yang pesaing tidak ada. Anda boleh bermula dengan perniagaan yang lebih spesifik seperti makanan tertentu atau berdasarkan kemahuan pelanggan. Jadikan ia sebagai produk eksklusif supaya pembeli berpuas hati dan memberi maklum balas yang baik di laman sosial media atau bercerita tentang jenama anda melalui perbualan buah mulut. Modal permulaan juga tidaklah terlalu besar. Anda boleh mengupah orang untuk membuat aplikasi mobil dan laman web untuk jenama anda yang kadang kala boleh menelan belanja yang agak banyak atau anda juga boleh menggunakan sistem pesanan online dan pengurusan penghantaran secara atas talian. Setelah semuanya selesai di set, masa untuk fikirkan tentang logistik. Untuk menjalankan servis penghantaran makanan, anda perlukan beberapa kenderaan seperti kereta, basikal atau motosikal bagi tujuan mengambil makanan dari kedai ke rumah pelanggan atau anda juga menggunakan pasukan penunggang/penghantar makanan untuk menghantar secara segera seperti Matdespatch dan ZeptoExpress. Kemudian, anda juga perlu berfikir untuk membuat pelaburan dalam sistem pengurusan pesanan atas talian seperti Maynuu dan sistem pengurusan penghantaran seperti DelyvaX yang menawarkan pengalaman pelanggan yang lancar dengan harga yang yang boleh diakses bagi memudahkan anda dalam proses ini. Jangan lupa untuk menyediakan beg haba untuk memastikan makanan yang dihantar kekal panas ketika proses penghantaran.

3. Perniagaan servis penghantaran barangan runcit

Model perniagaan barangan runcit sebenarnya adalah sama seperti di atas, tetapi lebih mudah. Tidak seperti penghantaran makanan yang memerlukan penghantar untuk menghantar dalam masa yang terhad atau anda akan penerima rungutan mahupun maklum balas daripada pelanggan. Untuk model jenis ini, anda tidak perlu membuat penghantaran segera ke rumah pelanggan memandangkan tempoh masa penghantaran kebiasaanya dalam masa sehari atau dua hari. Memulakan servis penghantaran barangan runcit sebenarnya agak mudah memandangkan anda juga boleh berkolaborasi dengan jenama kedai runcit besar seperti Mydin, Jaya Grocer, atau Hero Market untuk membantu mereka dengan servis penghantaran. Untuk memulakan servis servis penhantaran, anda memerlukan kotak penyejuk untuk memastikan barangan anda sentiasa segar, kenderaan pengangkut yang besar seperti van ataupun lori bagi tujuan penghantaran, aplikasi mobil dan laman web bagi pelanggan untuk membuat pesanan. Dan, seperti servis penghantaran makanan, sistem pengurusan atas talian (Maynuu) dan sistem pengurusan penghantaran (DelyvaX) diperlukan untuk menjadikan urusan syarikat anda dapat dilakukan dengan lebih efisien.

Nota: Jika anda bekerjasama dengan jenama runcit yang besar, kebanyakan mereka mempunyai laman web sendiri untuk pelanggan membuat pesanan. Jadi, anda hanya perlu menguruskan bahagian penghantaran.

4. Perniagaan penghantar barangan am

Selain penghantaran makanan atau barangan runcit untuk pelanggan, terdapat juga servis jenis penghantaran barangan am. Ia bererti anda boleh mengupah penghantar untuk hantar apa sahaja jenis barangan, daripada dokumen hingga kek hari jadi mahupun apa jenis bungkusan. Selain daripada membuat penghantaran, ada juga penghantar membuat servis lain seperti membayar bil atau membeli barangan barangan penting. Tidaklah sesusah mana untuk memulakan perniagaan penghantaran am. Anda perlukan aplikasi atau laman web yang memaparkan jenis-jenis servis yang disediakan dan jarak penghantaran untuk pelanggan anda membuat pesanan. Sama juga seperti servis penghantaran yang lain, anda memerlukan kenderaan untuk pasukam penghantar anda untuk menghantar barangan dan servis yang disediakan. Anda juga boleh menggunakan DelyvaX, sebuah sistem pengurusan penghantaran yang berfungsi membantu anda untuk lebih fokus dalam mengembangkan perusahaan.

Images credit from https://jansgas.com/

5. Perniagaan penghantaran gas memasak

Khidmat penghantaran gas memasak adalah antara yang masih belum diterokai secara luas. Malah, kebanyakan isi rumah masih bergantung kepada trak penghantar gas atau kedai runcit berhampiran untuk menghantar dan menukar tangki gas yang telah kosong. Walaupun servis jenis iniagak tertumpu kepada sejenis produk, namun gas memasak masih dikira sebagai keperluan untuk setiap rumah terutamanya waktu sekarang yang mana kita lebih banyak memasak di rumah untuk menjimatkan wang. Untuk menjalankan perusahaan ini dengan lebih lancar, kami nasihatkan anda untuk berhubung dengan syarikat gas sedia ada. Jalinkan kerjasama bersama dan bantu mereka dengan ‘permintaan’ perniagaan ini. Sediakan aplikasi mobil atau laman web untuk pelanggan membuat pesanan. Sejurus pesanan masuk, aplikasi anda menghantar mesej secara broadcast ke mana-mana peruncit berhampiran atau pemandu dalam jarak yang ditetapkan.  Mana-mana kedai runcit atau pemandu yang menerima pesanan akan memilih untuk menerima atau menolak pesanan. Selepas diterima, peruncit atau pemandu akan menghantar gas terus ke rumah pelanggan. Pastikan anda membuat pelaburan yang bagus  untuk platform pengurusan atas talian seperti Maynuu dan sistem pengurusan penghantaran seperti DelyvaX untuk memastikan perusahaan anda lebih tersusun dan efisien. Sekian sahaja untuk kali ini. Secara konklusif, memulakan syarikat penghantaran atas talian ini tidaklah sesusah mana asalkan anda tahu dan kenal siapa pelanggan anda. Lakukan penyelidikan pasaran, kenal pasti apa yang kurang dan permintaan pelanggan. Cari idea dan bermulalah daripada sana. Setelah perniagaan anda bermula, pastikan anda mempunyai segala kelengkapan termasuk logistik, kenderaan, dan sistem pengurusan yang baik serta berfungsi bagi melancarkan perusahaan anda. Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan perkhidmatan penghantaran anda sendiri, daftarlah ke DelyvaX dan Maynuu dan mohon untuk sesi demonstrasi sistem dan saksikan sendiri bagaimana platform kami dapat memberi servis yang terbaik untuk meningkatkan mutu perniagaan anda.

DelyvaX – Delivery Management System
Maynuu – Order Management System

Not finding what you are looking for?

Chat with us or send us an email.
DelyvaX is the best all-in-one delivery management system for eCommerce, courier aggregator, delivery service, courier, logistics, taxi, manufacturing & on-demand companies - an integrated system, from customer's order to delivery.

© Delyva Sdn. Bhd. (202001005761) (1362081-M)