4 Cara Pos Barang Di JNT Express Dengan Delyva (Edisi 2023)

cara pos barang guna j&t express

Tahukah anda, terdapat satu cara pos barang guna J&T Express yang anda boleh gunakan yang terbukti berkesan bantu lebih dari 300,000 peniaga online dan perniagaan di Malaysia yang menggunakan servis J&T Express. 

 

“Tahukah anda, semenjak tahun 2020 trend rakyat Malaysia yang menggunakan J&T Express telah meningkat 120% dan J&T Express telah menjadi top 5 kurier delivery kegemaran rakyat Malaysia.”

 

Dalam artikel ini, anda akan didedahkan cara pos barang guna J&T Express dengan menggunakan Delyva dalam masa 60 saat sahaja. 

 

Apa Itu J&T Express? 

Buat pengetahuan anda, J&T Express adalah sebuah syarikat logistik global yang fokus kepada penghantaran segera barang perniagaan di Asia Tenggara dan China. 

cara pos barang guna j&t

Diasaskan pada tahun 2015, jaringan J&T Express telah menembusi 13 negara termasuk :-

  • UAE 
  • China 
  • Mesir 
  • Brazil 
  • Mexico 
  • Filipina 
  • Vietnam 
  • Thailand 
  • Kemboja 
  • Malaysia
  • Indonesia
  • Singapura 
  • Arab Saudi 

Baca : 5 Langkah Pilih Servis Penghantaran Barang Murah di Malaysia (2023)

 

4 Kebaikan Guna J&T Express Untuk Bisnes Online 

Terdapat empat kebaikan guna J&T Express untuk bisnes online yakni real-time tracking sistem, insuran parcel, liputan kawasan dan pengurusan 24 jam selama 365 hari. 

 

1. Real-time tracking sistem 

Fungsi ini membolehkan pengguna menyemak keberadaan dan lokasi parcel mereka secara langsung menggunakan aplikasi atau website J&T Express. 

2. Insuran Parcel 

Setiap pengguna yang menggunakan servis J&T Express mendapat insuran parcel bergantung kepada terma dan syarat semasa pihak J&T Express. 

3. Liputan Kawasan 

Setakat hari ini, J&T Express mampu menghantar parcel hampir di setiap negeri, daerah dan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dengan kekuatan logistik darat yang mereka miliki. 

4. Pengurusan 24 Jam 365 Hari 

Pengurusan J&T Express memastikan setiap proses penghantaran dijalankan dengan lancar dengan penglibatan tenaga kerja secara syif untuk tempoh 24 jam sehari dan sepanjang tahun. 

 

Cara Pos Barang Guna J&T Express Dengan Delyva 

Ikut step by step di bawah untuk anda pos barang guna J&T Express. 

 

1. Daftar Sebagai Pengguna Delyva 

cara pos barang guna j&t express

Langkah pertama adalah dengan daftar sebagai pengguna Delyva di sini. Kemudian, login ke akaun Delyva dan lihat paparan pemuka (dashboard) Delyva. 

 

2. Buat Pesanan Tempahan 

cara pos barang guna j&t express

Isi maklumat anda (penghantar) seperti nama, nombor telefon, email, alamat dan detail barang. Kemudian isi maklumat (penerima) seperti nama, nombor telefon, email, alamat dan detail barang. 

 

3. Pilih Kurier 

cara pos barang guna j&t express

Dalam kolum ini, anda boleh pilih senarai kurier delivery untuk hantar produk anda. Anda boleh guna J&T Express untuk pos barang anda dengan klik pada bahagian J&T Express (DROP) dan maklumat dari J&T Express akan muncul 

 

4. Buat Pembayaran 

Selepas itu, anda hanya perlu ke kolum di bawah dan klik “Confirm payment” untuk sahkan servis pos barang guna J&T Express ini. 

Semudah itu sahaja! 

 

Semoga artikel ini membantu anda yang sedang buntu untuk tahu cara pos barang guna J&T Express. Anda juga boleh buat semakan secara online tentang harga kurier delivery di Malaysia dalam aplikasi & web Delyva.

Save time and money on your delivery