4 Tips & Strategi Postage Murah Untuk Bisnes Online (Terkini)

tips postage murah untuk bisnes online

Tips postage murah untuk bisnes sangat popular di kalangan bisnes online yang gunakan teknik postage percuma (free postage) untuk naikkan jualan.

Strategi proaktif dan konvensional ini sebenarnya sangat berkesan dan boleh naikkan jualan sehingga 300%. Malangnya, risikonya juga tinggi jika harga postage secara tiba-tiba naik dan mengurangkan margin keuntungan bisnes online.

Harga postage penting dalam bisnes online kerana 3 sebab. Baca artikel ini sampai habis untuk tahu 4 tips postage murah untuk bisnes online dan cara semak postage murah untuk bisnes online.

Kenapa Postage Murah Penting Untuk Bisnes Online?

tips postage murah untuk bisnes online

1. Rancang Kos Produk

Usahawan dan solopreneur perlu bijak merancang kewangan bisnes dengan merancang kos produk yang mereka jual. Dengan cara mengetahui kos produk, anda akan dapat buat unjuran untung kasar dan untung bersih yang anda ingin sasarkan pada bulan itu.

2. Strategi Jualan Online

Sifat semulajadi manusia yang gemarkan barang percuma menyebabkan strategi memberi postage percuma (free postage) berkesan dan menjadi satu daya tarik untuk menarik lebih ramai pembeli baru.

3. Tinggikan Potensi Pembeli

Berdasarkan rekod dan trend pembeli di Malaysia sepanjang tahun 2020 – 2021, potensi pembeli untuk membeli sebuah produk lebih tinggi jika kos postage produk itu murah.

 

4 Tips Postage Murah Untuk Bisnes Online

1. Buka Akaun Kurier Sendiri

Pilih kurier terbaik berdasarkan harga, kualiti servis dan liputan kawasan. Kemudian, pergi ke website kurier tersebut dan buka akaun kurier secara online.

Dengan cara ini, anda akan menjadi salah satu partner atau pelanggan tetap kurier tersebut.

2. Guna Servis Drop Off

Sebaiknya, anda gunakan servis drop off yang disediakan kurier supaya anda boleh hantar lebih banyak parcel dalam satu masa tanpa perlu beratur panjang.

3. Guna Servis Pick-Up Di Rumah/Pejabat

Usahawan dan solopreneur yang bijak akan menggunakan servis pick-up parcel di rumah/pejabat mereka dengan minimum kuantiti parcel yang ditetapkan.

Dengan cara ini, anda tak perlu berulang alik beberapa kali dalam 7 hari untuk hantar dan ambil parcel yang dipulangkan kembali. Cara ini terbukti menjimatkan masa dan wang.

4. Banding Harga Postage Setiap Hari

Sebagai pengguna kurier tegar, anda perlu elak menggunakan kurier yang sama setiap hari dan buat perbandingan harga. Dengan cara ini, anda akan dapat data terkini harga postage termurah yang ditawarkan kurier lain bergantung kepada terma dan syarat mereka.

Walaupun perbezaan harga postage adalah sekitar RM1-RM2 sahaja, jumlah ini adalah besar jika anda pos parcel dalam kuantiti yang banyak lebih-lebih lagi di Sabah dan Sarawak.

Cara Semak Postage Murah Untuk Bisnes Online

tips postage murah untuk bisnes online

Semak Harga Postage di Delyva

Anda boleh dapatkan harga postage murah terkini setiap hari dengan buat semakan secara online di dalam aplikasi dan website Delyva.

Daftar Delyva secara percuma hari ini dan dapatkan harga postage lebih murah berbanding orang lain!

Daftar Di Sini

Save time and money on your delivery