5 Langkah Pilih Servis Penghantaran Barang Murah di Malaysia (2023)

servis penghantaran barang

Pernahkah anda terfikir bagaimana cara untuk pilih servis penghantaran barang atau jenis servis penghantaran barang pada harga murah di Malaysia? 

Atau sekurang-kurangnya, anda terfikir apakah jenis servis penghantaran barang yang tersedia di pasaran? 

Dalam artikel ini, anda akan didedahkan dengan 4 jenis servis penghantaran barang yang wujud di Malaysia. 

Selesai baca artikel ini, anda boleh mula guna servis penghantaran barang menggunakan Delyva dalam masa 60 saat sahaja. 

Definisi Servis Penghantaran Barang 

Buat pengetahuan anda, servis penghantaran barang adalah servis yang membantu anda mengirim atau menghantar barang dari satu tempat ke tempat lain dengan satu kadar caj upah yang telah ditetapkan. 

“Servis penghantaran barang tidak terbatas kepada kawasan dalam satu daerah sahaja, tetapi juga meluas ke negeri, negara dan benua lain.” 

Contoh syarikat yang menawarkan servis penghantaran barang di Malaysia termasuklah :- 

  1. DHL
  2. Poslaju 
  3. Pickupp 
  4. Teleport 
  5. Ninjavan 
  6. The Lorry 
  7. Line Clear 
  8. J&T Express
  9. ABX Express
  10. Flash Express
  11. Pgeon Delivery 

Baca : Panduan Lengkap Cara Pos Barang Guna Kurier Delivery di Malaysia

4 Jenis Penghantaran Barang Yang Wujud di Malaysia 

Rupa-rupanya, terdapat empat jenis servis penghantaran barang yang anda boleh guna untuk hantar barang mengikut keperluan, bajet dan lokasi. 

 

1. 4-Hour Delivery 

servis penghantaran barang

Servis penghantaran 4-hour delivery membolehkan anda membuat penghantaran barang pada kadar segera dalam masa kurang dari 4 jam. 

Untuk servis ini, anda boleh gunakan perkhidmatan Grab Express dan Pickupp menggunakan Delyva. 

 

2. Instant Delivery

servis penghantaran barang
servis penghantaran barang

Servis penghantaran instant delivery membolehkan anda membuat tempahan dalam hari yang sama untuk menghantar barang pada hari yang sama. 

Antara perkhidmatan instant delivery yang anda boleh guna di Delyva adalah dari :-

  • Borzo
  • Haloje
  • Tapaw
  • Go Get 
  • Pickupp 
  • Pandago
  • Lalamove
  • Bungkusit 
  • Grab Express 
  • Mat Despatch

3. Same Day Delivery 

servis penghantaran barang
servis penghantaran barang

Servis penghantaran same day delivery membolehkan anda membuat tempahan dalam hari yang sama untuk menghantar barang dan tidak terbatas kepada satu daerah atau negeri sahaja. 

4. Cash On Delivery 

servis penghantaran barang

Servis penghantaran cash on delivery merupakan satu cara pembayaran di mana pengguna membayar untuk barang yang diterima setelah barang sampai kepada pengguna. 

Cash on delivery popular di kalangan penjual online kerana kurang risiko bagi penjual akibat dari penipuan pembayaran online. 

 

Cara Pilih Servis Penghantaran Barang Guna Delyva 

1. Daftar Delyva 

servis penghantaran barang

Langkah pertama adalah dengan daftar sebagai pengguna Delyva di sini. Kemudian, login ke akaun Delyva dan lihat paparan pemuka (dashboard) Delyva. 

 

2. Isi Maklumat Tempahan 

servis penghantaran barang

Isi maklumat anda (penghantar) seperti nama, nombor telefon, email, alamat dan detail barang. Kemudian isi maklumat (penerima) seperti nama, nombor telefon, email, alamat dan detail barang. 

 

3. Pilih Jenis Servis Penghantaran Barang 

servis penghantaran barang

Dalam kolum ini, anda boleh pilih senarai kurier delivery untuk hantar produk anda. Anda boleh pilih untuk gunakan apa sahaja servis kurier atau delivery yang anda rasa bagus berdasarkan kualiti servis, harga dan rangkaian kawasan. 

 

4. Buat Tempahan Delivery 

servis penghantaran barang

 

Anda boleh buat perbandingan servis penghantaran barang bergantung kepada tempoh masa delivery, terma perkhidmatan dan harga berdasarkan maklumat pada dashboard Delyva. 

5. Terima Notifikasi Menerusi WhatsApp 

servis penghantaran barang

Selesai menggunakan Delyva, penerima barang akan terima notifikasi WhatsApp bahawa barang telah selamat tiba. Ini penting supaya tidak berlaku salah faham di antara pihak anda dan pihak penerima barang. 

Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis servis penghantaran barang yang anda boleh gunakan bergantung kepada keperluan pelanggan dan bajet anda.

Save time and money on your delivery