Panduan Lengkap Cara Pos Barang Guna Kurier Delivery di Malaysia
Dilema ramai peniaga online untuk pos barang adalah untuk pilih kurier delivery yang tidak banyak masalah, murah, cepat dan paling penting dipercaya adalah sangat sukar.
Prestasi dan tahap kestabilan semua kurier delivery di Malaysia sentiasa diuji dan yang paling agresif sudah tentu saat seluruh negara sedang mengalami PKP.
Sebenarnya, ada teknik yang lebih senang untuk anda pos barang. Caranya, anda rujuk panduan lengkap cara pos barang guna kurier delivery di Malaysia ini.
2 Cara Pos Barang Di Malaysia
Setakat hari ini, terdapat beberapa cara untuk anda pos barang tetapi yang paling popular adalah dengan menggunakan kurier dan delivery.
1. Kurier
Lazimnya, kurier adalah syarikat logistik yang menghantar parcel atau barang yang bersaiz besar, berkuantiti banyak dan jarak penghantaran yang lebih jauh.
Faedah menggunakan kurier adalah, anda boleh hantar lebih banyak parcel di tempat yang lebih jauh.
2. Delivery
Manakala delivery pula adalah satu cara penghantaran yang membolehkan anda menghantar pesanan atau parcel pelanggan dalam jangka masa 24 jam atau lebih singkat di kawasan yang lebih dekat.
3 Perbezaan Kurier & Delivery
Ada tiga perbezaan yang besar di antara servis kurier dan servis delivery yang anda perlu tahu.
1. Rangkaian Kawasan
Kurier – Rangkaian kawasan yang lebih luas, merentasi negeri dan negara.
Delivery – Rangkaian kawasan yang lebih kecil seperti Lembah Klang sahaja.
2. Harga
Kurier – Harga yang lebih mahal jika merentasi negara dan mampu milik jika meretnasi negeri
Delivery – Harga bergantung kepada lokasi dan jenis delivery (instant delivery / 4-hours delivery)
3. Jangkaan Masa
Kurier – Lazimnya mengambil masa 3 hari – 7 hari untuk rentas negeri dan 30 hari untuk antarabangsa.
Delivery – Lazimnya mengambil masa 4 jam – 24 jam sahaja
Baca : 5 Langkah Pilih Servis Penghantaran Barang Murah di Malaysia (2023)
Cara Pos Barang Guna Kurier & Delivery di Malaysia
Ikut step by step di bawah untuk faham cara pos barang guna kurier & delivery.
1. Daftar Delyva.
Langkah pertama adalah dengan daftar sebagai pengguna Delyva di sini. Kemudian, login ke akaun Delyva dan lihat paparan pemuka (dashboard) Delyva.
2. Isi Maklumat Tempahan
Isi maklumat anda (penghantar) seperti nama, nombor telefon, email, alamat dan detail barang. Kemudian isi maklumat (penerima) seperti nama, nombor telefon, email, alamat dan detail barang.
3. Pilih Servis (Kurier / Delivery)
Dalam kolum ini, anda boleh pilih senarai kurier delivery untuk hantar produk anda. Anda boleh pilih untuk gunakan apa sahaja servis kurier atau delivery yang anda rasa bagus berdasarkan kualiti servis, harga dan rangkaian kawasan.
4. Banding Kurier & Delivery Terbaik
Anda boleh buat perbandingan kurier & delivery bergantung kepada tempoh masa delivery, terma perkhidmatan dan harga berdasarkan maklumat pada dashboard Delyva.
Semak kadar caj kurier & delivery di sini.
5. Semak Notifikasi Menerusi WhatsApp
Selepas anda hantar parcel menggunakan Delyva, penerima parcel akan terima notifikasi WhatsApp bahawa parcel anda telah selamat tiba. Ini penting supaya tidak berlaku salah faham di antara pihak anda dan pihak penerima parcel.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa cara pos barang guna kurier & delivery sebenarnya tidak sesukar yang disangkakan. Anda cuma perlu gunakan platform yang tepat.
Dalam konteks kurier & delivery, platform yang tepat akan bantu anda buat perbandingan harga, ETA delivery dan terima notifikasi di WhatsApp.
Guna Delyva hari ini untuk pos barang guna kurier atau delivery!