Penyingkatan Masa Perniagaan dan Penutupan Sementara Pejabat Pos dan Pos Laju Terpilih

Para Pelanggan Yang Dihormati,

Pos Malaysia akan melaksanakan penyingkatan masa perniagaan bagi pejabat pos dan PosLaju seluruh negara,bermula 20 Mac 2020 dan sehingga diberitahu kelak. Waktu operasi adalah 8.30pg-3.00ptg (Isnin-Jumaat) dan 8.30pg-1.00tgh (Sabtu). Bagi pejabat pos di dalam pusat membeli-belah adalah 10.00pg-3.00ptg, (Isnin-Sabtu).

Urusan JPJ tidak dapat dilakukan di pejabat pos sehingga diberitahu, disebabkan penutupan perkhidmatan kaunter bagi agensi-agensi di bawah Kementerian Pengangkutan sehingga 31 Mac 2020.

Pos Malaysia juga akan melaksanakan penutupan sementara pejabat pos dan Pos Laju di lokasi-lokasi berikut, menuruti Perintah Kawalan Pergerakan yang mewajibkan penutupan semua premis kerajaan dan persendirian:

Pejabat Pos
Pusat Transformasi Bandar(UTC): All states Kedah/Perlis: Wisma Darul Aman/UUM
Penang: USM Perak: D’Mall, Sri Iskandar
Selangor: GloDamansara / Kompleks PKNS / UKM Bangi / UiTM Shah Aam / Putrajaya / Sek. 7, i-City / Pasar Besar Klang Kuala Lumpur: SelayangMall / Sunway Velocity / Jln Sultan Salahuddin / IIUM / Universiti Malaya / Seri Petaling / Terminal Bersepadu Selatan
Johor: Nusajaya Pahang: KOMTAR
Sabah: Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sarawak: Boulevard Shopping Mall, Kuching / Tebedu
Melaka: Universiti Multimedia
Pos Laju
Selangor: The Strand / LRT Kelana Jaya / South City Plaza / T6 Light Grey Mall Kuala Lumpur: Kenanga Wholesale / GM Plaza
Melaka: Melaka Sentral Sabah: 1Borneo
Untuk sebarang pertanyaan, berhubung terus dengan kami melalui Live Chat atau email [email protected]

Save time and money on your delivery