Panduan Lengkap Cara Pos Barang Ke Luar Negara dari Malaysia

cara pos barang ke luar negara

Bagi anda yang ingin tahu cara pos barang ke luar negara, anda sedang berada di dalam artikel yang betul. 

Buat pengetahuan anda, sebenarnya ada 6 kurier untuk pos barang ke luar negara dan 4 elemen untuk pos barang ke luar negara. 

Pastikan anda baca artikel ini sampai habis untuk ketahui semua info tersebut sebelum pos barang ke luar negara dari Malaysia. 

“Tahukah anda, 3 dari 5 peniaga online gagal kembangkan perniagaan mereka kerana tidak tahu cara pos barang ke luar negara.”

 

6 Senarai Kurier Untuk Pos Barang Ke Luar Negara 

1. Aramex 

Aramex adalah syarikat multinasional perkapalan dan logistik yang tersohor di dunia yang menawarkan servis pengeposan rentas negara. 

Aramex yang diasaskan pada tahun 1982 di Amman, Jordan menguruskan lebih dari 100 tan logistik dan berpusat di Dubai, UAE. 

 

2. Janio

Janio merupakan syarikat logistik dan penghantaran barang yang berpusat di Singapura dengan fokus penghantaran barang di rantau Asia Tenggara. 

Setakat hari ini, Janio menguruskan logistik ecommerce, penghantaran menggunakan kapal dan servis pelepasan kastam. 

 

3. AsiaXpress 

AsiaExpress merupakan anak syarikat kepada Pos Malaysia Berhad yang menguruskan penghantaran antarabangsa yang ekspres dan premium. 

Antara barang yang lazimnya diuruskan oleh AsiaXpress adalah dokumen dan barang dagangan yang tidak berbahaya merentasi 200 negara di seluruh dunia. 

 

4. QXPress

QXPress merupakan syarikat penghantaran barang yang diasaskan di Korea Selatan pada Mac 2011.

Setakat hari ini, QXPress telah melebarkan sayap perniagaan mereka merangkumi laluan perdagangan Asia Tenggara, Jepun-Korea, pelabuhan Guangzhou dan laluan laut ke benua Amerika Utara. 

 

5. SF Express 

SF Express merupakan syarikat penghantaran barang multinasional dari Guangdong, China dan merupakan syarikat logistik kedua terbesar di China. 

SF Express menawarkan servis penghantaran barang domestik dan antarabangsa untuk seluruh China dan peringkat global. 

 

6. Teleport 

Teleport merupakan anak syarikat kepada AirAsia yang menawarkan servis penghantaran barang di seluruh laluan udara Asia Tenggara. 

Teleport mampu menghantar barang di 170 bandar dengan kekuatan 600 tenaga pekerja di Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina, India dan China. 

 

5 Elemen Penting Untuk Pos Barang Ke Luar Negara 

Sebelum anda buat keputusan untuk pos barang ke luar negara di Malaysia, anda perlu tahu ada beberapa elemen yang mempengaruhi harga, tempoh masa dan kebolehan untuk anda pos barang tersebut. 

 

1. Harga Shipping

Harga shipping yang ditetapkan majoriti syarikat penghantaran barang tidak jauh beza dan bergantung kepada saiz, berat dan jarak penghantaran. 

Akan tetapi, akan ada musim di mana harga shipping menjadi sangat mahal, begitu juga sebaliknya. 

 

2. Berat Parcel 

Untuk pos barang ke luar negara, berat parcel memainkan peranan yang besar dan bermula serendah RM20 untuk 500gram yang pertama dan mampu mencecah RM140 untuk 1 kilogram yang pertama. 

 

3. Jenis Barang 

Lain negara, lain larangannya. Anda perlu tahu yang setiap negara mempunyai kaveat dan sekatan ke atas pelbagai jenis barang atas pelbagai faktor. 

 

4. Jangkaan Masa 

Tempoh masa penghantaran barang antarabangsa berbeza mengikut laluan laut dan udara. Oleh yang demikian, anda perlu rancang tarikh penghantaran supaya mampu hantar barang pada masa yang tepat. 

 

Cara Pos Barang Ke Luar Negara Guna DelyvaNow 

 

1. Daftar Delyva 

cara pos barang ke luar negara

Langkah pertama adalah dengan daftar sebagai pengguna Delyva di sini. Kemudian, login ke akaun Delyva dan lihat paparan pemuka (dashboard) Delyva. 

 

2. Isi Maklumat Tempahan 

 

Isi maklumat anda (penghantar) seperti nama, nombor telefon, email, alamat dan detail barang. Kemudian isi maklumat (penerima) seperti nama, nombor telefon, email, alamat dan detail barang. 

 

3. Pilih Jenis Kurier 

cara pos barang ke luar negara

Dalam kolum ini, anda boleh pilih senarai kurier untuk hantar produk anda. Anda boleh pilih untuk gunakan apa sahaja servis kurier yang anda rasa bagus berdasarkan kualiti servis, harga dan rangkaian negara. 

 

4. Bandingkan Tawaran Kurier 

Anda boleh buat perbandingan kurier bergantung kepada tempoh masa delivery, terma perkhidmatan dan harga berdasarkan maklumat pada dashboard DelyvaNow.

Semudah itu sahaja! Anda boleh mula pos barang ke luar negara dari Malaysia ke seluruh dunia dengan beberapa klik sahaja!

Save time and money on your delivery