Servis Ambil Dan Hantar Barang Guna Delyva (Edisi 2023)

servis ambil dan hantar barang

Pernahkah anda terfikir untuk menggunakan servis ambil dan hantar barang? Sebenarnya, anda tidak keseorangan! Berdasarkan rekod kami, terdapat lebih 110,000 orang yang membuat carian di Google tentang keyword itu setiap bulan!

“Tahukah anda, terdapat lebih dari 10 senarai servis ambil dan hantar barang yang ada di Malaysia!”

Semenjak tahun 2019, Delyva telah bantu orang yang mencari servis ambil dan hantar barang membuat perbandingan secara online di smartphone dan komputer tanpa perlu pergi ke mana-mana pusat kurier.

Apa Itu Servis Ambil Dan Hantar Barang?

Buat pengetahuan anda, servis ambil dan hantar barang merupakan perkhidmatan yang menggunakan kenderaan sebagai alat pengangkutan untuk mengangkut barang dengan cara berhenti di beberapa pusat penghantaran barang untuk menghantar dan mengambil barang.

servis ambil dan hantar barang

Senarai Servis Ambil Dan Hantar Barang

Setakat hari ini, terdapat 10 syarikat kurier yang menawarkan servis ambil dan hantar barang di Malaysia yakni :-

1. Lalamove

2. Pandago

3. Pickupp

4. Borzo

5. Grab Express

6. Bungkusit

7. Tapaw

8. Haloje

9. Goget

10. Mat Despatch

Anda boleh semak semuanya di sini.

Cara Guna Servis Ambil Dan Hantar Barang Guna Delyva

1. Daftar Delyva

servis penghantaran barang

Langkah pertama adalah dengan daftar sebagai pengguna Delyva di sini. Kemudian, login ke akaun Delyva dan lihat paparan pemuka (dashboard) Delyva. 

2. Isi Maklumat Tempahan 

servis penghantaran barang

Isi maklumat anda (penghantar) seperti nama, nombor telefon, email, alamat dan detail barang. Kemudian isi maklumat (penerima) seperti nama, nombor telefon, email, alamat dan detail barang. 

 

3. Pilih Jenis Servis Penghantaran Barang 

servis penghantaran barang

Dalam kolum ini, anda boleh pilih senarai kurier delivery untuk hantar produk anda. Anda boleh pilih untuk gunakan apa sahaja servis kurier atau delivery yang anda rasa bagus berdasarkan kualiti servis, harga dan rangkaian kawasan. 

 

4. Buat Tempahan Delivery 

servis penghantaran barang

Anda boleh buat perbandingan servis penghantaran barang bergantung kepada tempoh masa delivery, terma perkhidmatan dan harga berdasarkan maklumat pada dashboard Delyva. 

 

5. Terima Notifikasi Menerusi WhatsApp 

servis penghantaran barang

Selesai menggunakan Delyva, penerima barang akan terima notifikasi WhatsApp bahawa barang telah selamat tiba. Ini penting supaya tidak berlaku salah faham di antara pihak anda dan pihak penerima barang. 

Kesimpulannya, terdapat lebih daripada 10+ syarikat yang menawarkan servis ambil dan hantar barang. Apa yang penting, anda perlu semak dan buat perbandingan berdasarkan harga, lokasi dan prestasi kurier tersebut di dalam Delyva sebelum buat keputusan gunakan mana-mana servis kurier. 

Save time and money on your delivery