Memilih cara yang tepat untuk menjalankan perniagaan kurier digital anda (Bahasa Malaysia)
Servis kurier telah lama bertapak sejak dahulu lagi. Dengan peredaran zaman, rasa seperti semalam perkhidmatan kurier ini diuruskan secara manual oleh manusia.
Memandangkan sekarang lebih ramai pembeli membeli belah secara atas talian, permintaan unuk penghantaran kurier semakin meningkat. Sehinggakan perkhidmatan ini memerlukan lebih banyak tenaga buruh untuk menguruskan setiap pesanan yang masuk dan penghantaran kepada para pembeli.
Kekurangan tenaga kerja, peningkatan kos buruh dan kos automasi yang lebih rendah telah menyebabkan banyak perusahaan masa kini lebih terarah kepada proses digitalsasi untuk penambahbaikan proses seperti analisis ramalan, perancangan laluan masa sebenar (real-time) dan juga proses pengasingan (sorting) secara automatik.
Selain itu, dengan proses digitalsasi, ia juga memberikan kelebihan seperti pandangan secara masa (real-time insights) kepada penghantaran rantaian bekalan (supply chain) dan juga proses penghantaran yang lancar. Usaha digitalisasi ini juga dilihat sebagai satu pelaburan oleh penyedia servis kurier kepada platform digital mereka. Peralihan daripada transaksi luar talian (offline) ke dalam talian (online) akan terus menjadi perubahan yang paling ketara dalam 3 tahun akan datang.
Dalam pertumbuhan perniagaan yang semakin pesat, industri kurier dan logistik juga harus sentiasa mengikut rapat dengan pergerakan ini. Permintaan untuk perkhidmatan kurier yang lebih cepat dan cekap sentiasa menjadi pilihan. Oleh itu, persaingan juga semakin hari menjadi semakin sengit.
Ini adalah tiga cabaran utama untuk penyedia servis kurier:
1. Fahami cabaran eDagang
Sebagai pedagang, mencari servis penghantaran yang sempurna dan mampu memuaskan hati setiap pelanggan adalah kunci untuk sesebuah perusahaan yang berjaya. Semakin maju perusahaan, semakin sukar untuk memastikan segalanya berada dalam keadaan teratur. Perkara kecil seperti mendapatkan sebut harga yang tepat, membuat pembayaran, melabel pakej, notifikasi pelanggan dan mengesan setiap penghantaran akan memakan masa yang lama serta terdedah kepada kesilapan.
Untuk mengatasi masalah tersebut, pedagang akan lebih cenderung untuk memilih perkhidmatan penghantaran yang lebih dipercayai dan mampu memenuhi setiap keperluan mereka.
2. Pilih sistem pengurusan operasi yang lebih lancar
Proses manual telah lama berlalu. Hari ini, penyelesaian yang pantas dan pengurangan kapabiliti untuk mencapai matlamat perniagaan menjadi permintaan yang sangat tinggi di kalangan pedagang. Dengan adanya sistem operasi seumpama ini, perniagaan di luar sana mampu memberikan perkhidmatan penghantaran yang cekap dan pantas untuk para pelanggan.
Salah satu cara untuk kekal kompetitif, gunakan perkhidmatan kurier yang menggunakan teknologi-teknologi terkini.
Tugasan manual seperti mencetak, cetakan label secara atas talian, pembahagian tugasan, notifikasi pengambilan bagi penunggang serta pemandu boleh diatasi begitu mudah sekali dengan adanya teknologi seumpama ini.
Dengan tiadanya sistem tugasan seperti ini yang memakan masa, perusahaan anda akan lebih maju ke hadapan dengan teknologi sedia ada. Para pemilik perusahaan boleh merendahkan kos operasi dan memantapkan lagi aliran kerja dengan cekap dan efektif.
3. Membina penyelesaian teknologi khusus
Modifikasi kini adalah segala-galanya dalam dunia hari ini. Tanggapan pelanggan meningkat dari hari ke hari. Mereka mengharapkan barangan yang dibeli sampai lebih laju, lebih cekap dan murah. Situasi seumpama ini menjadikan perkhidmatan kurier kini menjadi lebih mudah untuk dimodifikasi. Bagi sesetengah pihak, ini mungkin adalah berita baik buat pelanggan, namun, ia juga adalah mimpi ngeri buat mereka yang bekerja siang dan malam bagi memastikan setiap pesanan sampai tepat pada waktunya.
Bagi mereka yang mempunyai atau membeli perisian yang dimodifikasi ini, ia pasti datang dengan harga yang tinggi. Peringkat permulaan sahaja sudah tentu mahal. Jika dikira dengan kos operasi, semestinya menelan belanja yang tinggi, dan itu belum lagi dengan kos naik taraf dan penambahbaikan. Bercakap tentang naik taraf, anda bertanggung jawab sepenuhnya untuk kos dan masa yang diluangkan juga sudah tentunya lama.
Selain daripada itu, jika anda terfikir untuk melancarkan satu teknologi yang benar-benar membantu dengan setiap sistem yang telah dimodifikasi, bersiapsedialah untuk bersabar kerana ia akan mengambil masa yang panjang dan kami pasti, anda tidak mempunyai semua itu.
Walaupun sistem modifikasi ini sangat menjadi pilihan utama, namun ia kekurangan standard yang ditetapkan industri. Sistem yang menggunakan model dibina daripada asas dengan modifikasi yang tidak berkesudahan ini juga boleh menjadi resepi kepada kagagalan jika anda tidak bersedia. Jangan lupa juga dengan isu skalabiliti untuk menampung operasi yang lebih besar dengan cepat. Membina teknologi yang boleh dimodifikasi dan benar-benar menyelesaikan masalah di luar sana memerlukan modal pelaburan untuk perkakasan hardware dan insfrastruktur. Selain daripada itu, ia juga memerlukan pelan jangka masa lama dan komitmen untuk modal bagi penskalaan.
Jadi, mengapa belanja banyak untuk membangunkan sistem kurier (courier management system) seumpama ini sedangkan perisian kurier yang lebih hebat kini boleh dimiliki dengan mudah dan harga yang berpatutan. Modal anda yang terhad itu sepatutnya difokuskan kepada meningkatkan skala operasi dan strategi pemasaran untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan.
Bagaimana memilih penyelesaian terbaik untuk menjalankan servis kurier digital anda?
Peralihan zaman kini semakin laju, permintaan untuk penghantaran yang segera juga semakin meningkat dengan dahsyat. Oleh itu, servis kurier dan logistik harus bersiap sedia dengan pelbagai jalan penyelesaian yang canggih untuk meningkatkan aliran kerja dan proses yang lebih cekap. Berikut adalah tiga jenis penyelesaian yang disarankan untuk menjalankan servis kurier digital anda.
1. Saluran pesanan secara digital
Hari ini, banyak perniagaan yang telah memilih cara atas talian. Dalam peredaran dunia bertukar dari manual kepada atas talian, perniagaan haruslah mempunyai penjurusan perniagaan yang efektif untuk menaikkan daripada tahap kesedaran pelanggan hinggalah ke peringkat pembelian dengan mudah.
Berbekalkan sistem perniagaan yang lebih moden, harga model yang tepat, membenarkan pendaftaran yang mudah, mempunyai sistem rujukan yang efektif juga memberikan bantuan yang mudah adalah antara ciri-ciri yang seharusnya setiap perusahaan ada.
Sebut tentang pesanan, pembeli tidak gemarkan proses tempahan yang sukar. Bukan sahaja borang pesanan yang mestilah ringkas dan mudah diisi, tetapi pengusaha juga harus mempunyai individu untuk menguruskan data dan memuat naik sambungan pelayar E- Commerce kepada laman web.
Persekitaran perkhidmatan bank atas talian semakin lama semakin mendapat tempat dalam masyarakat setempat. Ianya penting untuk menyediakan cara mudah dan ringkas untuk pembayaran seperti perkhidmatan bank atas talian, FPX. kad kredit atau debit, pindahan wang atas talian, e-dompet, auto debit, dan pembayaran tunai semasa penghantaran.
Terdapat servis nilai tambah lain seperti sistem rujukan, e-mel automatik, SMS dan paparan notifikasi, modifikasi penjenamaan, strategi pemasaran semula serta servis insuran boleh menambahkan nilai yang bagus untuk perusahaan anda jika dilakukan dengan betul.
2. Pasukan penghantar dan pengurusan penghantaran
Servis kurier sangat bergantung kepada keberkesanan pengagihan dan penpenghantaran. Servis yang tepat dan mempunyai tahap kebergantungan yang tinggi adalah sesuatu yang harus dimiliki oleh sesebuah servis kurier. Untuk memastikan penghantaran yang sempurna dari gudang ke pintu rumah pembeli, pastikan pasukan kurier dan penghantaran dilakukan dengan tahap kecekapan yang efisien.
Salah satu cara untuk memastikan semua ini dilakukan dengan baik adalah dengan mempunyai pemandu yang cekap dan penghantar kurier (motosikal) yang mempunyai fleksibiliti untuk memenuhi permintaan yang mencabar. Pandangan masa sebenar (real-time insights) mengenai penghantaran juga adalah salah satu langkah bijak untuk memastikan pengalaman penghantaran yang lancar. Analisis untuk setiap bungkusan, pengesanan individu, skor kepuasan pelanggan, notifikasi segera, notifikasi penghantaran segara yang boleh dimodifikasi dengan tawaran, serta penggunakan sistem geokoding maju yang meningkatkan kecekapan dan kepuasan pembeli.
3. Pengalaman lancar dari pesanan ke penghantaran
Tiada keraguan lagi. Setiap pelanggan mahukan pengalaman terbaik ketika membeli-belah. Namun, mencari servis kurier (courier) yang menawarkan perkhidmatan dengan pengalaman dari hujung ke hujung yang berkualiti adalah sukar.
Dengan teknologi yang semakin mengambil alih kehidupan seharian kita, servis kurier (courier) mestilah mengambil kelebihan terhadap teknologi baharu ini untuk menepati kehendak pelanggan dan juga untuk kekal kompetetif.
Tetapi, tidak mengira sehebat mana pun teknologi tersebut, ianya tidak bermakna jika ia sukar untuk digunakan. Dengan DelyvaX, kami memberikan sistem kurier (courier management system) yang lancar, penyelsaian secara hujung ke hujung daripada pesanan hinggalah penghantaran pada harga yang mampu munasabah secara langganan. Ia mudah digunakan dengan pelbagai fungsi praktikal, sistem API terbuka, proses yang boleh diskala dengan simpanan data cloud (cloud hosting) yang selamat serta kelengkapan automatik backup yang memberikan anda ketenangan minda, dan semuanya datang dalam satu pakej.