Bagaimana memulakan servis kurier digital di Malaysia: 10 Cara Untuk Memulakan Perniagaan Anda Dengan Betul (Bahasa Malaysia)

Dengan penguat kuasaan semula CMC di beberapa negeri di Malaysia, boleh dikatakan situasi ini akan memberi impak kepada pengguna untuk keluar dari rumah seperti masa situasi sebelum bermulanya impak Covid-19. Malah, orang ramai semakin mula bergantung kepada kedai atas talian untuk membeli barangan keperluan seperti bahan basah dan barang keperluan harian lain. Oleh itu, banyak perusahaan dan restoran kini memilih untuk menggunakan servis penghantaran yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna.

 

Pembelian atas talian bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan kita. Ia tidak terjadi dalam tempoh yang singkat. Kita mula membeli belah secara tradisional sejak berdekad yang lagu, cuma baru-baru ini sahaja perniagaan dengan cara e-Dagang mula menampakkan momentum, semuanya berterima kasih kepada laman web seperti Zalora, Shopee, Lazada, JomBlanja dan Kedai Matdespatch. Oleh sebab itu, permintaan untuk servis kurier yang boleh dipercayai semakin meningkat dan menjadikan ia sebagai masa yang sesuai kepada perusahaan untuk menceburi bidang kurier dalam bentuk digital di Malaysia.


Langkah 1: Lakukan kajian perniagaan

Perkara pertama yang anda perlu lakukan sebelum memulakan perniagaan anda adalah dengan memulakan kajian perniagaan terhadap industri yang bakal diceburi. Ketahui setiap ruangan dan juga peluang yang membolehkan anda untuk masuk ke dalam industri sedia ada dengan mudah.

 

Kemudian, tentukan siapa pelanggan sasaran anda. Sangat penting untuk kenali siapa sasaran anda supaya perniagaan yang dijalankan mempunyai kumpulan pembeli yang spesifik. Adakah anda menyasarkan seluruh Malaysia, atau anda menyasarkan mengikut kawasan tertentu? Setelah anda menetapkan perkara ini, sekarang barulah masanya untuk fikirkan cara terbaik untuk mengoptimumkan mesej utama kepada kumpulan sasaran anda.

 

Seperti mana-mana perniagaan di dunia, pasti terdapat saingan, melainkan anda adalah seorang pengasas industri baru. Lakukan kajian mengenai pesaing anda, ketahui apa jenis servis dan produk yang mereka jual, siapa sasaran mereka dan apa cara yang digunakan untuk menjual produk mereka.

 

Tarikh pelancaran produk semestinya sesuatu yang ditunggu-tunggu. Set satu tarikh yang realistik untuk pelancaran syarikat anda dan pastikan anda telah bersiap sedia dengan segalanya sebelum tarikh pelancaran ini.

 

Baik, sekarang adalah masa yang menyeronokkan, iaitu menamakan perniagaan anda. Jadilah lebih kreatif dalam menamakan perniagaan anda, dan pastikan ia sesuatu yang menonjol di mata pengguna. Paling penting, nama yang anda pilih mestilah berkaitan dengan perniagaan anda.

 

Langkah 2: Tentukan servis apa yang anda tawarkan, pengambilan dan juga servis penghantaran

Jadi, apakah jenis produk yang anda niagakan? Terdapat pelbagai jenis servis kurier diluar sana seperti

  • Penghantaran standard (Express)

Servis seumpama ini melibatkan pengambilan, penyusunan jenis dan penghantaran parcel ke depoh berhampiran dengan lokasi. Parcel kemudian dimasukkan ke dalam van atau apa sahaja kenderaan penghantar dan dihantar ke destinasi sepatutnya. Servis ini mungkin memakan masa beberapa hari dan ianya adalah servis kurier termurah setakat ini.

  • Penghantaran Hari Yang Sama (Same-day)

Pengharan kurier pada hari yang sama selalunya digunakan untuk penghantaran antara bangsa. Harga juga adalah sangat berbeza berbanding dengan servis kurier lain dan selalunya digunakan untuk penghantaran yang memerlukan jangka masa pendek.

  • Penghantaran Antarabangsa dan Seluruh Dunia

Servis kurier antara bangsa selalunya digunakan untuk menghantar barang daripada luar negara. Harganya juga sangat berbeza dan bergantung kepada saiz pakej dan kecepatan penghantaran yang diperlukan.

  • Servis Kurier Palet

Servis kurier palet selalunya digunakan untuk menghantar barangan yang berat. Servis ini mempunyai jadual penghantaran yang ketat, tetapi kebiasaannya harga yang ditawarkan adalah lebih murah.

 

Berdasarkan servis kurier ini, pilih jenis servis yang perniagaan anda perlukan dan mulakannya dari situ. Pilihan anda tidak sekadar terhad di sini sahaja, semestinya terdapat juga jenis penghantaran lain yang menjadikan jenama anda lebih menonjol.

 

Langkah 3: Dapatkan lesen

Sekarang adalah masanya perniagaan anda menjadi semakin serius. Untuk memulakan operasi kurier anda, anda perlukan lesen untuk servis kurier di negara setempat. Di Malaysia, terdapat dua jenis lesen yang perlu dipohon. Universal Service Licence (sah untuk 20 tahun dan Non-Universal Service Licence (sah untuk 3 tahun sahaja).

Di bawah Non-Universal Service Licence, terdapat tiga jenis:

  1. Lesen A menyediakan kemasukan dalam dan penghantaran ke luar negara serta domestik di dalam Malaysia.
  2. Lesen B menyediakan perkhidmatan kurier masuk antara bangsa dan perkhidmatan kurier domestik di Malaysia
  3. Lesen C menyediakan perkhidmatan kurier antara negeri di Malaysia

Dan ini jumlah yang perlu anda bayar untuk permohonan lesen tersebut:

 

Deskripsi Yuran (RM) Masa Pembayaran
Universal Service License 500 Semasa penyerahan
Pembaharuan Universal Service Licence 500 Semasa penyerahan
Yuran Tahunan untuk Universal Service Licence 0.5% daripada perolehan tahunan yang diaudit atau RM1.5 juta yang mana lebih tinggi 90 hari dari tahun akhir pemegang lesen

 

Non-Universal Service Licence 100 Semasa penyerahan
Pembaharuan Non-Universal Service Licence 100 Semasa penyerahan
Yuran tahunan untuk Non-Universal Service Licence A 30,000 Apabila lesen diluluskan atau dalam masa tiga puluh hari dari tarikh kuat kuasa lesen. Kemudian pada tarikh pembaharuan lesen
Yuran tahunan untuk  Non-Universal Service Licence B 10,000
Yuran tahunan untuk Non-Universal Service Licence C 500
Permohonan untuk pindah milik lesen 100 Semasa penyerahan

 

Setelah borang siap diisi, anda perlu hantarkan kepada suruhanjaya dalam bentuk bertulis dan bayar yuran yang diperlukan.Suruhanjaya kemudian akan menghantar permohonan anda ke peringkat kementerian untuk kelulusan.

 

Berikut adalah dokumen yang anda perlukan untuk memohon lesen:

  1. Maklumat permohonan
  2. Akuan berkanun oleh ahli lembaga pengarah dan ketua pegawai eksekutif permohonan
  3. Rancangan perniagaan yang dicadangkan
  4. Laporan kewangan pemohon
  5. Bukti bahawa anda telah membayar kos lesen
  6. Dokumen atau maklumat lain yang diperlukan oleh suruhanjaya

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/post_services_licensing.pdf

 

Langkah 4: Beli kenderaan dan bekalan

Setelah perniagaan anda didaftarkan dan dokumen mengenai undang-undang telah dihantar, kini masanya untuk untuk memikirkan aspek operasi perniagaan. Servis kurier tidak akan berfungsi tanpa kenderaan. Anda memerlukan kenderaan pengangkutan untuk menghantar barang dari gudang kepada pelanggan anda. Daripada trak, van penghantaran ataupun motosikal, terdapat pelbagai pilihan untuk anda pilih. Lakukan kajian anda dan baca ulasan terkini mengenai model dan jenama kenderaan yang paling dipercayai untuk industri ini.

 

Sekiranya anda tidak mempunyai modal untuk melabur dalam kenderaan, jangan risau, ada cara untuk menyelesaikannya. Daripada membayar sejumlah besar wang untuk membeli kenderaan, anda boleh memilih untuk menyewa. Terdapat perkhidmatan penyewaan kereta yang lebih senang. Ada juga cara lain yang anda boleh cuba seperti program crowfunding seperti Genovasi Challenge, ataupun MyInnovationTree ataupun, sewa sahaja kenderaan dengan Carpedia.

 

Langkah 5: Dapatkan insuran

Memiliki perniagaan adalah satu perkara. Memastikan perniagaan anda dilindungi dengan insuran yang sesuai sekiranya berlaku kemalangan adalah kisah lain. Untuk membantu mengelakkan sebarang masalah, anda harus memilih perlindungan insuran terbaik untuk jenis perkhidmatan kurier yang anda tawarkan.

 

Anda mungkin juga perlu mengambil kira setiap perkara-perkara kecil. Selain perniagaan, anda juga perlu mendapatkan insurans untuk perkara yang berikut:

 

  • Pemandu atau pekerja anda
  • Kenderaan penghantar anda
  • Kargo dan barang dalam perjalanan
  • Peralatan perniagaan yang digunakan dalam pengangkutan

 

Langkah 6: Tetapkan harga dan kawasan perkhidmatan

Sekarang tiba masanya untuk menetapkan polisi pada caj harga serta kawasan pengambilan dan penghantaran anda. Sebelum melancarkan perniagaan, anda harus mempunyai struktur harga yang sesuai. Sekiranya anda tidak pasti, lakukan kajian mengenai harga dan caj yang dikenakan oleh pesaing dan dapatkan idea daripada situ. Ketahui kadar purata yang mereka kenakan dan berapa yang mereka kenakan untuk servis premium.

 

Semasa menetapkan harga, pertimbangkan segala-galanya daripada kos operasi, premium insurans hinggalah perkara lain seperti petrol dan penghantaran. Ini akan menyumbang kepada struktur harga servis anda.

 

Fikirkan juga harga dan potongan harga istimewa. Oleh kerana anda masih baru, anda perlu mempunyai harga atau tawaran yang lebih menarik untuk menarik bakal pelanggan.

 

Apabila semuanya sudah sedia, tunjukkan harga ini dengan telus kepada pelanggan anda.

 

Langkah 7: Iklankan jenama anda

Sekarang, mari kita bincangkan mengenai penjenamaan dan pemasaran. Perniagaan hanya boleh berkembang dengan strategi pemasaran yang mantap. . Untuk memastikan perniagaan anda berkembang, anda perlu menggunakan strategi pemasaran tradisional dan digital. Jenama anda memerlukan platform untuk dilihat oleh pengguna terutamanya pada peringkat permulaan ini. Anda juga memerlukan platform digital (seperti iklan cetak, televisyen dan radio) dan digital (seperti iklan Facebook, Carian Google dan SEO ) alat pemasaran untuk mempromosikan jenama dan perkhidmatan anda

 

Langkah 8: Pengambilan pekerja

Sekarang laman web sudah siap dan beroperasi, mari mulakan dengan proses rekrut pekerja. Walaupun menjalankan servis kurier digital mungkin kelihatan sederhana, pastinya ia tidak dapat digerakkan hanya dengan seorang pekerja. Sekiranya anda sibuk menghantar pakej, anda pasti  tidak akan dapat membuat panggilan telefon penting dan menguruskan perniagaan. Untuk menjalankan servis kurier dengan berkesan, anda perlukan pekerja lain untuk menguruskan penghantaran atau membantu dengan pelbagai lagi kerja kerja pentadbiran.

 

Langkah 9: Dengar setiap maklum balas

Sekiranya anda mahukan perniagaan anda berjaya, maka anda perlu ketahui dengan teliti apa yang diharapkan oleh pelanggan daripada anda. Anda boleh membuat survey dan meminta pelanggan untuk menilai kualiti perkhidmatan anda secara manual atau digital. Memberi perhatian kepada maklum balas bererti anda membina dan memperbaiki servis yang ditawarkan untuk menjadi lebih baik. Ini juga membantu anda meningkatkan perniagaan dalam jangka masa panjang.

 

Langkah 10: Kembangkan perniagaan anda dengan sistem digital yang boleh diskala

Semua perniagaan memerlukan rancangan untuk dikembangkan ke satu tahap yang lebih baik, sama ada untuk mengembangkan perniagaan serantau anda menjadi servis kurier yang memenuhi keperluan serata nasional atau memperluaskan lagi jenis perkhidmatan anda. Untuk ini, anda memerlukan sistem yang berskala untuk meningkatkan pengeluaran sambil mencapai kecekapan dan kecemerlangan operasi. Ini, seterusnya, akan meningkatkan pengalaman pelanggan dan meningkatkan penjualan digital.

 

Dengan mengikuti langkah-langkah di atas, ini adalah cara terbaik untuk mewujudkan servis kurier baru yang berpotensi untuk berjaya. Untuk memudahkan anda untuk lebih fokus kepada tugas yang lebih penting, DelyvaX boleh membantu anda melancarkan proses penyampaian yang kompleks dan mengoptimumkan proses anda agar terus berdaya saing di pasaran.

 

 

 

© 2020 Delyva Sdn. Bhd.

%d bloggers like this: