7 cara Mudah Membeli dan Menjual di Maybank Sama Sama Lokal (SSL)

sama sama lokal

Maybank Sama-Sama Lokal untuk penjaja tempatan.

Mungkin ramai yang masih tidak peka ataupun pernah mendengar tentang Maybank Sama Sama Lokal. Merupakan salah satu platform dari Maybank yang menghimpunkan para penjaja tempatan di Klang Valley.

Sama Sama Lokal merupakan salah satu inisiatif oleh Maybank, yang bertujuan untuk meningkatkan perniagaan peniaga yang lebih kecil ini yang paling terjejas terhadap penurunan pendapatan akibat penurunan pembelian yang sangat teruk. Pelanggan dapat memilih dari berbagai gerai makanan dan minuman yang terlibat, dengan caj penghantaran dilindungi oleh Maybank untuk jarak hingga 10 km, dari gerai terpilih.

Pelanggan dan pedagang Maybank akan menggunakan platform Sama-Sama Lokal di telefon bimbit Maybank2u bank. Ini pada dasarnya adalah perkhidmatan yang disediakan oleh Maybank, untuk membantu para penjaja tempatan yang terjejas dan pihak Maybank dengan tiada pembayaran yuran dan para peniaga dapat mengambil untung mereka 100%. Pada masa ini, pihak Maybank bekerjasama dengan platform DelyvaNow untuk perkhidmatan penghantaran seperti Grab Express, Lalamove, Mr Speedy dan beberapa lagi.

Jom membeli dengan Maybank Sama Sama Lokal

1. Masuk akaun Maybank atau maybank2u anda dan Tekan ke ruangan SAMASAMALOKAL

2. Pilih jenis perniagaan yang menjadi pilihan untuk anda membeli. Tidak hanya terhad pada makanan sahaja. Ia juga meliputi pakaian, barangan rumah dan pelbagai lagi.

Delyva

3. Selesai memilih makanan / barangan yang dimahukan. Masukkan order anda kedalam Cart dan mula membuat pembayaran.

maybank

4. Sebelum membuat pembayaran, pelanggan diminta untuk memasukkan alamat rumah dan juga beberapa info bagi tujuan penghantaran. Kawasan yang tidak melebihi 10KM dari peniaga, caj penghantaran adalah percuma.

Pembayaran akan dibuat melalui pindahan bank segera atau Maybank QRPay bergantung pada pilihan vendor, dan dalam hal pengambilan sendiri, pembayaran dapat dilakukan melalui MAE dalam aplikasi mudah alih, tunai, transfer bank atau kaedah pembayaran pilihan lain yang disepakati dengan MAE penjual.

maybank

5. Dan akhir sekali, tekan confirm order untuk menempah pesanan. Jika anda mempunyai PROMO CODE jangan lupa masukkan, ini kerana Maybank SamaSamaLokal kerap sekali membuat promosi!

maybank

Haa mudah bukan untuk membeli di Maybank Sama Sama Lokal? Ok kalini, jom pula kita lihat bagaimana untuk para peniaga mula menjual di Maybank Sama Sama Lokal?

Untung sangat, bukan saja mudah malahan tiada yuran penyertaan dan sebagainya. Sangat berbaloi!

Bagaimana untuk mula berniaga di Maybank Sama Sama Lokal?

Sebernanya, mudah saja untuk mula berniaga di dalam Platform Maybank Sama Sama Lokal. Untuk tahu cara-caranya, jom lihat dibawah:

1. Untuk mula berniaga boleh tekan disini

samasamalokal

masukkan maklumat yang diperlukan seperti Nama, pengenalan diri dan sebagainya.

2. Dan akhir sekali, pastikan anda mempunyai QRpay bagi berniaga di Platform SamaSamaLokal ini dan tekan butang Submit and Agree saja dan anda selesai!

samasamalokal

Mudah bukan? Sama-Sama Lokal telah aktif dari 9 April 2020, dan masih lagi beroperasi dengan baik sehingga ke hari ini. Jadi sudahkan anda mencuba?

Antara kebaikkan menjual di Maybank SamaSamaLokal

✅ 0% commission
✅ Bayaran penghantaran bersubsidi
✅ Sistem yang lebih teratur dan automatik

Selain itu juga Maybank SamaSamaLokal juga telah bekerjasama dengan DelyvaNow sebuah syarikat platform penghantaran bagi membantu mengendalikan pesanan bagi SamaSamaLokal. Antara rakan penghantar yang terlibat adalah Grab Express, Lalamove, Bungkusit, Mr Speedy dan juga Matdespatch dan semua ini adalah merupakan rakan penghantar bagi pesanan pada hari yang sama. Semestinya dengan rangkaian rakan penghantar yang ramai dan luas ini, SamaSamaLokal pesanan pasti dapat memenuhi permintaan pelanggan.

Save time and money on your delivery