Bagaimana Nak Provide Postage Percuma Kepada Pelanggan?

Bagaimana Nak Provide Postage Percuma Kepada Pelanggan

Apabila menjual online, soalan yang selalu ditanya oleh pembeli adalah “Tak ada Free Shipping ke?” betul tak?

Kita sebagai penjual, mesti nak provide pilihan yang terbaik kepada customer, jadi untuk menyediakan postage percuma ataupun free shipping bukannya mudah, faktor keuntungan kita perlu diambil kira oleh kerana kita bukan badan kebajikan tetapi entiti perniagaan.

Kenapa kita sebagai online seller perlu provide Postage Percuma/Free Shipping?

Kerana ia dapat membantu convert pelanggan untuk membeli

Ok, jom saya explain bagaimana nak provide Postage Percuma/Free Shipping.

  1. Masukkan kos penghantaran ke dalam harga produk. Contohnya harga produk RM15 + RM7 kos postage.. Jadi harga jualan produk adalah RM22
  2. Atau, anda boleh serap kos penghantaran RM7 untuk provide Free Postage. Jadi harga jualan RM15 – RM7 kos postage… jadi keuntungan anda RM8

Cara pertama adalah lebih selamat kerana kita sudah divert kos penghantan kepada pelanggan.

Jika nak dibandingkan cara kedua, iaitu kita serap kos penghantaran adalah lebih berisiko, jika salah pengiraan boleh menyebabkan kerugian kepada perniagaan kita. Kecuali margin keuntungan anda adalah tinggi, boleh guna cara yang kedua.

Kalau nak lagi best guna Delyva. Nak tahu kenapa? Apabila kita ada akaun Delyva, kos postage kita dapat murah.

Contoh, kita top-up plan B2000, dan guna courier NinjaVan (RM5.50 – 5KG). Lihat pakej harga

Kita ambik situasi yang sama dengan sebelum ini…

1. Masukan kos penghantaran ke dalam harga produk. Contohnya harga produk RM15 + RM5.50 kos postage.. Jadi harga jualan produk adalah RM20.50

Tanpa Delyva Dengan Delyva
Harga Jualan RM22 RM20.50

2. Atau, anda boleh serap kos penghantaran RM5.50 untuk provide Free Postage. Jadi harga jualan RM15 – RM5.50 kos postage… jadi keuntungan anda RM9.50

Tanpa Delyva Dengan Delyva
Keuntungan Jualan RM8 RM9.50

Untungkan jika guna Delyva? dan jika nak untung lagi, anda boleh kenakan harga postage standard kepada pelanggan iaitu RM7.

Jadi dari postage anda akan dapat keuntungan RM1.50.. Pengiraan ini berdasarkan kos parcel 1KG ke bawah.. lagi berat lagi tinggi keuntungan 🙂

Ok saya harap anda jelas dengan penerangan article di atas, jika anda perlukan penjelasan lanjut boleh hubungi kami melalui Live Chat atau ke Delyva Help Center.

Terima kasih kerana buat keputusan menggunakan Delyva untuk urusan delivery anda.

Sama-sama kita menuju kejayaan.


Safwan Rahman

Head of Growth at Delyva. I help eCommerce & qCommerce businesses save time and money on deliveries, retain more customers and scale faster.

Save time and money on your delivery