QCommerce Trend Terkini di Malaysia 2022

qcommerce malaysia

Pernah dengar tak tentang Q-Commerce?

Untuk pengetahuan anda, ini ada trend baru sejak lockdown pandemic Covid-19,  yang telah memberi kesan kepada cara pelanggan membeli secara online.

Sementara eCommerce dikenali sebagai membeli secara online, manakala Q-Commerce ataupun Quick Commerce dikenali sebagai penghantaran pantas (dalam masa 4 jam atau hari yang sama) – Hantar dan terima barang tau.

Kenapa Online Seller Perlukan Quick Commerce?

Permintaan untuk penghantaran pantas meningkat sejak pendemic lepas, pembeli mahu order mereka dihantar dengan secepat yang boleh –  dalam hari yang sama.

Trend ini bukan terhad hanya kepada makanan, malah barangan seperti pakaian, gadget, aksesori dan sebagainya juga boleh dihantar dengan pantas.

Order sampai dalam masa 1 hingga 3 hari itu biasa… Order sampai hari yang sama adalah luar biasa!

Dengan DelyvaNow, online seller dapat menghantar order kepada customer dalam hari yang sama secara tak langsung memenuhi kehendak pelanggan masa kini.

Kelebihan Quick Commerce dengan DelyvaNow

Kehadapan Tinggalkan Pesaing Anda.

Apa yang saya perasan, selain industri makanan, tidak ramai lagi online seller dari industri lain yang menawarkan penghantaran & terima order dalam masa 4 jam atau pada hari yang sama. Jadi anda sebagai pengguna DelyvaNow boleh mengambil peluang ini.

Kepuasan Pelanggan

Penghantaran pada hari yang sama adalah cara yang terbaik untuk memukau pelanggan anda untuk membeli. Sehubungan dengan itu, pelanggan akan mudah untuk repeat membeli, rekomen bisnes anda kepada kenalan mereka dan sebagainya.

Mestilah yang orang akan bercerita jika anda lain dari pesaing anda.

Kesimpulan

Walaupun QCommerce adalah sesuatu yang baharu, saya fikir dalam masa terdekat ia akan menjadi satu keperluan untuk setiap online sellers.

Dengan DelyvaNow, anda selangkah dihadapan pesaing anda yang masih menawarkan 1 hingga 3 hari waktu penghantaran.

Jika anda sebagai customer, mesti anda akan pilih menghantaran order yang lebih pantas, betul tak?

Jom mula sediakan penghantaran pantas kepada pelanggan anda dengan DelyvaNow dengan memilih Instant delivery order.

quick commerce malaysia

Jika anda perlukan penjelasan lanjut boleh hubungi kami melalui Live Chat.

Sama-sama kita menuju kejayaan.


Safwan Rahman

Head of Growth at Delyva. I help eCommerce & qCommerce businesses save time and money on deliveries, retain more customers and scale faster.

Save time and money on your delivery