Jiham Kaligrafi


Jiham Kaligrafi, dari hasil dekorasi kediaman sendiri ke sebuah perniagaan yang berjaya. Lihat bagaimana Automasi sistem Delyva ini membantu perniagaan ini menjimatkan masa dan berkembang.

Azham dari Jiham Calligraphy boleh dikatakan yang berniaga atau menjadi pemillik perniagaan ini, atau lebih khususnya membuat design islamik bukanlah salah satu impian beliau. Bermula dari sekadar menghiasi ruangan rumah baru yang kosong sehingga menjadi sebuah perniagaan yang berjaya. Kini Jiham Calligraphy menempah nama di sebagai pelopor tulisan atau kaligrafi islamik di Malaysia.

Bagaimana semuanya bermula 

Pada tahun 2015 dimana semuanya bermula. Seperti pasangan lain yang baru berkhawin. Berpindah masuk ke rumah sendiri adalah idaman semua pasangan baru. Bagi Azham, dinding rumah baru yang agak kosong itu memerlukan sentuhan islamik yang bagi menaikkan “feel” rumah baru mereka.

Dikurniakan bakat atau asas didalam bidang seni lukisan Islamik ini, Azham tidak melepaskan peluang untuk menyerikan lagi dengan elemen-elemen Islamik ini. Tambahan pula, mengikut Azham, corak atau rekaan pada zaman itu terlalu “old school” dimana Azham merasakan yang rekaan lukisan atau kaligrafi perlu sentuhan “muda” yang modern.

Rumah baru menjadi titik tolak kepada perniagaan Jiham Kaligrafi. Dari sekadar membuat rekaan dirumah baru, Azham berkongsi gambar dan rekaan yang diciptanya di dalam media sosial dan juga rakan- rakan yang lain. Bagaikan bulan jatuh ke riba, permintaan dari rakan-rakan lain yang juga baru berkhawin dan mengalami situasi yang sama seperti Azham dimana mereka mencari tulisan atau kaligrafi islamik bagi rumah baru mereka.

Kini semuanya berubah

Rekaan atau idea yang mulanya dibuat untuk kediaman sendiri kini menjadi sebuah perniagaan yang maju. Hanya bermula dengan 2 orang pekerja sahaja, kini Jiham Kaligrafi berkembangan dengan kini seramai 10 orang pekerja sepenuh masa. Bertempat di Bangi Selangor, kini Jiham Kaligrafi sudah berkecimpung dalam perniagaan seni Kaligrafi Islamik selama 5 tahun.

Jiham Kaligrafi membuktikan yang mereka ini bukanlah “seasonal business” dimana perniagaan mereka ternyata membuahkan hasil yang lumayan pada awal PKP yang lepas. Bagi peniaga yang lain, kemungkinan PKP ini sedikit mendatangkan kerisauan tentang perniagaan mereka. Lain pula ceritanya untuk Jiham Kaligrafi dimana mereka memperolehi jualan yang mengejutkan pada ketika itu

Untuk Kekal relevan itu tidak mudah

Bagi Azham, dalam setiap perniagaan itu terdapat cabaran mereka tersendiri dan tentunya Jiham Kaligrafi tidak terkecuali. Merupakan pekara yang biasa dalam industri ciptaan yang melibatkan rekaan ekslusif dan sebagainya untuk timbul isu tiru – meniru ini.

Bagi Azham sendiri, ini merupakan pekara yang tidak boleh dielakkan. Jadi bagi Jiham Kaligrafi antara pekara yang mereka lakukan untuk atasi dan juga kekal relevan dalam industri seperti ini adalah untuk sentiasa berinovasi. Azham juga mengakui terdapat satu ketika dimana Islamik Kaligrafi ini menjadi rebutan dan juga “viral” jadi ketika itu kebanyakkan perniagaan mengeluarkan produk yang seakan sama sesama sendiri.

Bagi Jiham Kaligrafi kekuatan mereka adalah inovasi dan juga idea mereka untuk sentiasa menjadi lain dari lain dan juga mengikut peredaran zaman. Jiham juga banyak bermain dengan material yang lain, dan juga design yang lain dan unik.

Kekuatan Automasi dalam Perniagaan yang berkembang pesat.

Sepanjang berniaga ini, sudah tentu banyak yang mereka tempuhi dan juga pelajari. Perubahan ketara yang Jiham Kaligrafi boleh nampak adalah perkembangan dari segi teknologi itu sendiri.

Untuk membantu mereka mencari penyelesaian baru yang dapat memenuhi keperluan mereka, Jiham Kaligrafi mengumpulkan senarai ciri yang dapat membantu mereka.

  • Auto-tracking: Untuk membantu memudahkan peniaga untuk mengenalpasti keberadaan sesuatu barangan itu dengan mudah dan juga pantas.
  • Systematic online booking: Sistem borang dalam talian Delyva yang memudahkan para peniaga tidak lagi perlu mengisi borang secara manual malahan menjimatkan masa mereka. "Delyva memudahkan flow operasi, tidak perlu isi borang,menjimatkan masa," merupakan antara kata – kata dari Azham mengenai sistem Delyva membantu Jiham Kaligrafi dalam perniagaan mereka.
  • Automatic online payment: Isian secara online yang kini semakin memudahkan dan automatik ke dalam akaun Delyva tidak merunsingkan lagi para peniaga. Plan topup yang juga tidak membebankan dan malahan lebih menjimatkan para peniaga.

Untuk Kekal relevan itu tidak mudah

Nasihatnya mudah: "bagi saya, memulakan perniagaan itu mudah, kita hanya perlu mencuba dan test saja, kalau gagal it’s okay, kita cuba lagi. InsyaAllah ada jalan keluar, jangan give up” Azham menasihati para peniaga yang baru untuk jangan pernah putus asa dan juga sentiasa mencuba. Bagi Azham, dalam berniaga perlu la mencari mentor dan sentiasa belajar mencari Ilmu. Menurut Azham, keputusannya mengunakan Delyva juga adalah salah satu sebab beliau untuk meningkatkan mutu perniagaannya dan juga untuk sentiasa kehadapan.
⭐Promo: Top up RM5,000 to Enjoy B10000 Plan. Limited Time Offer!
Explore more
close-image