Swagger Malaysia


Berani melaburkan duit PTPTN untuk berniaga, sedar ia satu risiko yang besar. Namun, Hazim percaya jalan itu sentiasa ada.

Hazim mungkin bukanlah bekerja sepenuh masa dengan jenamanya sendiri Swagger Malaysia, tetapi perjalanannya dari tahun 2015 sehingga kini adalah kembara yang panjang. Selama lima tahun, dia telah berhempas pulas membina Swagger Malaysia. Anak muda yang baru menginjak usia 24 tahun ini sudah lama berkecimpung dalam bidang perniagaan ini.

Bermula dari pengajian di peringkat Diploma, Hazim merasakan duit yang diberi oleh Ibu dan Ayah tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan di Kolej. Merasakan yang dirinya perlu mencari wang sara hidup lebih tanpa menyusahkan kedua ibu dan ayah, Aiman memulakan langkahnya dengan menjadi Dropship bagi beberapa buah jenama. Malangnya, segala usahanya untuk berjaya tidak kesampaian. Beberapa perniagaan yang diceburinya tidak membuahkan hasil.

Bagaimana segalanya bermula

Tekad dalam menceburi bidang peniagaan jeans di Malaysia ini, Hazim mengambil tindakan berani ketika menyambung pelajarannya di peringkat Degree. Berbekalkan modal atau duit makan yang dikumpulkan hasil PTPTN, Aiman melaburkan kebanyakan duitnya itu kedalam perniagaan ini. Kini pada tahun 2020, Aiman sudah mempunyai lima orang pekerja yang bekerja dengannya dalam Swagger Malaysia.

Sekadar untuk mencari duit sampingan, Hazim yang kini bekerja sepenuh masa sebagai seorang Marketing Executive di sebuah syarikat swasta di Damansara bagaimana pun tidak mengambil mudah tentang pengurusan Swagger Malaysia. Mempunyai seorang rakan atau partner perniagaan yang dipercayainya, Hazim memberi tanggungjawab kepada rakannya itu untuk membantu menguruskan Swagger Malaysia yang bertapak di negeri Pantai Timur.

Kini semuanya berubah

Pada permulaannya, Hazim dan pasukan Swagger Malaysia menjangkakan PKP yang bermula awal Mac 2020 tahun lalu bakal memberikan impak negatif kepada perniagaan mereka. Namun demikian, sangkaan mereka meleset di mana jualan Swagger Malaysia melonjak naik pada tahap membanggakan.

Mengunakan media sosial sebagai medium utama untuk berniaga dan berkomunikasi dengan pelanggan, ia nyata telah banyak membantu mereka meraih keuntungan dalam perniagaan selama ini.

Di dalam menjalani apa-apa perniagaan, kita tidak pernah lari dari menghadapi situasi-situasi seperti hilang arah ataupun motivasi untuk meneruskan perniagaan. Saat paling down bagi Hazim untuk Swagger Malaysia, adalah ketika awal menajalankan perniagaan. Bagi Hazim, duit PTPTN yang dilaburkannya untuk perniagaan ini adalah satu risiko yang sangat besar. Awalnya, Swagger Malaysia tidak berjaya menarik ramai pelanggan dan kesannya,  longgokan stok banyak yang tidak terjual.

Melangkah dengan lebih tinggi:
Bagaimana Swagger Malaysia Berkembang dengan Delyva.

Ketika Swagger Malaysia tidak mencapai tahap yang dikehendakinya. Hazim tahu yang dia perlu buat sesuatu untuk mencapai skala tertentu, mereka tahu mereka harus mencari jalan untuk berjaya. Hazim mula mencari ilmu dalam bidang perniagaan dan juga bidang marketing.

“2020 ini, kami boleh nampak yang kami dah ada team sendiri, staff, dan juga bayar gaji sendiri”. Hazim mengakui yang sepanjang berniaga ini, dia melihat yang perubahan terbesar pada perniagaan Swagger Malaysia adalah apabila jenama itu semakin berkembang dan dikenali, dengan membina tapak dengan kakitangan sendiri.

Nasihat Perjalanan bagi Perniaga Kecil

“Dalam business ini ada up and down, tetapi kita jangan putus asa, perlu selalu komited dan beri 100%.” Paling penting bagi Hazim adalah jangan pernah putus asa.

“Kami mula berniaga dahulu, secara manual, ianya agak leceh dan juga kosnya tinggi, Delyva ini memudahkan Farhan untuk memasukkan data dan terus saja print,” Kata Hazim. Farhan selaku rakan dan juga individu yang bertanggungjawab dalam bidang logistik bagi Swagger Malaysia mengakui yang Delyva ini memudahkan Swagger Malaysia dan yang paling penting bagi mereka adalah tahap kepuasan pelanggan bagi mereka. Perniagaan akan menjadi lebih mudah jika kesemua urusan anda boleh dilakukan didalam talian dari menjejaki bungkusan, melihat laporan logistik dan juga perbelanjaan. Kesemua ciri ini boleh didapati di dalam Delyva di mana ia memudahkan perniagaan kecil seperti Swagger Malaysia.