Bagaimana untuk anda dapatkan Flyers?

Siapa yang menyediakan flyers?

Soalan yang pasti dan kerapa di tanya oleh semua adalah tentang flyers.

  • Antara soalan kegemaran semua pihak adalah siapa yang kena sediakan flyers?
  • Pihak Delyva akan beri flyers ke?
  • tau customer hanya sediakan label penghantaran dan pihak pos akan bungkuskan ke parcel?

Kami pasti ini adalah soalan – soalan yang akan muncul lagi fikiran anda, lagi – lagi sekiranya anda seorang yang baru dalam industri penghantaran.

Flyers atau plastik bungkusan akan disediakan sendiri oleh pihak sellers/senders.

Dari label penghantaran sehingga ke pembungkusan perlulah dilakukan oleh mereka. Pihak kurier hanya akan bertanggungjawab kepada bungkusan yang lengkap dibalut dan juga lengkap dengan maklumat penghantaran.

Dimana kami boleh dapatkan Flyers Delyva?

Kami pasti semua ternanti-nantikan kemunculan kembali flyers daripada Delyva. Buat masa ini flyers atau plastik bungkusan Delyva sudah OUT OF STOCKS bagi saiz A3 dan A5. Untuk sebarang update bagi stocks flyers Delyva akan diumumkan di media sosial Delyva.

Bagi pelanggan yang masih tercari-cari jenis flyers yang sesuai untuk produk anda. Jom kita baca bawah ni.

Kenali saiz produk anda

Pertama sekali untuk membeli jenis flyers yang sesuai, anda perlulah mengenal pasti jenis saiz yang sesuai untuk membalut produk anda. Jenis bungkusan yang terlalu kecil atau besar akan menjejaskan bungkusan anda. Contohnya, Jika anda menjual 1set Baju Kurung, sudah tentu anda perlu memilih jenis bungkusan dengan saiz A4 atau A5 kerana saiz A3 adalah lebih kecil dan kemungkinan produk anda tidak akan muat. Dan jika anda menjual simcard atau barangan yang kecil, tidak perlu anda mengunakan saiz plastik A4 atau A5 kerana ia membazir ruang dan juga harga yang lebih tinggi.

Pekara seperti ini harus dikenal pasti terlebih dahulu oleh sellers/senders sebelum membeli jenis flyers bungkusan. Selepas mengenalpasti saiz produk,anda boleh membeli flyers yang bersesuaian. Selain itu juga, flyers atau plastik bungkusan yang baik adalah yang mempunyai poket untuk meletakkan label penghantaran anda. Tiada masalah juga untuk mengunakan flyers yang tidak mempunyai poket.

Boleh kami gunakan Flyers lain selain Delyva?

Sudah tentu boleh! Bagi sellers/senders anda bebas untuk mengunakan flyers atau plastik bungkusan pilihan anda. Terdapat beberapa jenis flyers yang sering digunakan oleh sellers atau sender yang lain. Anda boleh dapati jenis bungkusan dari pelbagai platform. Antara jenis contoh bungkusan yang sering digunakan oleh mereka adalah bungkusan putih kosong dan mempunyai poket. Anda boleh membeli dengan klik link disini

Terdapat kurier didalam platform Delyva yang memerlukan pelanggan untuk mengunakan bungkusan yang kosong dan tidak mempunyai apa- apa logo contohnya bagi pengunaan Flexiprepaid dari PosMalaysia.

Bagi penguna yang masih baru bermula denga perniagaan di dalam talian atau platform Delyva pastikan anda mengetahui jenis bungkusan anda supaya pelanggan anda dapat pengalaman pembelian yang terbaik dari anda serta barangan yang sampai berada dalam keadaan yang baik dan sempurna.


Safwan Rahman

Head of Growth at Delyva. I help eCommerce & qCommerce businesses save time and money on deliveries, retain more customers and scale faster.

Save time and money on your delivery