Jom customize Label Penghantaran anda

 

The business owner glued the shipping labels

Delyva adalah platform yang lebih daripada sekadar platform penghantaran. Masih ramai lagi yang tidak tahu tentang ciri -ciri menarik ini di Delyva. Bukan sekadar customize label penghantaran malahan, jenama atau slogan syarikat boleh diletakkan di label penghantaran. Customization dalam label penghantaran dapat memberi fleksibilti kepada pengguna tentang gambaran atau ukuran mana yang mereka mahukan.

Sekiranya anda bekerja dalam pasukan pemasaran, maka anda tahu betapa pentingnya pemasaran tanpa henti dalam sesebuah produk itu. Ia adalah proses kerja yang jelas dan berulang. Pemasaran produk yang hebat akan memberi impak yang besar dalam jualan. Untuk menyelesaikan cabaran ini, Delyva harap dapat membantu penguna dalam pemasaran dengan inisiatif yang percuma serta mudah — ciri pemasaran ini yang dibina untuk memastikan pengguna dapat menikmati pengkhususan dan pemasaran label penghantaran.

Size Label penghantaran

Untuk cara customize label penghantaran dari segi size boleh refer kepada cara ini:

  1. Pergi ke Setting – Business – layout label penghantaran
  2. Pilih jenis layout yang anda mahukan
  3. Susun atur yang boleh dikhususkan terdapat beberapa jenis seperti dibawah:
    A4 – 3 salinan (label mendatar)
    A4 – 4 salinan (label menegak)
    A5 – 2 salinan
    A6 (pelekat) – bagi penguna thermal printer

Jimat masa dan duit dengan Pemasaran via Label penghantaran

Menjadi sebahagian daripada ciri -ciri produk di Delyva. Kami memperkenalkan custom branding atau penjenamaan khas. Custom Branding ini memberi pelanggan kami untuk customize jenama ataupun slogan syarikat mereka di label penghantaran. Selain daripada customize saiz label penghantaran, mereka juga dapat membuat custom branding pada label penghantaran. Ini merupakan salah satu ciri produk yang ada pada platform Delyva untuk membantu para usahawan mengembangkan lagi penjenamaan produk mereka atau syarikat mereka dengan mengunakan satu platform.

Label Penghantaran

Pemasaran melalui Delyva mempunyai pelbagai cara dan salah satunya adalah pemasaran melalui Label penghantaran. Cara ini adalah mudah dan lebih menonjol kerana logo dan juga slogan syarikat dapat dipamerkan di label penghantaran setiap kali ia dicetak. Dengan cara ini pelanggan dan juga orang lain dapat melihat logo dan juga slogan jenama anda secara tidak lansung. Dan berita baik nya cara ini tidak mengeluarkan apa apa kos pemasaran.

Cara pemasaran melalui Label Penghantaran

Untuk cara customize label penghantaran dari segi pemasaran:

  1. Pergi ke setting – custom branding
  2. Masukkan maklumat yang diperlukan
  3. Dan tekan SAVE

 

Label penghantaran anda akan menjadi seperti ini selepas mengikut langkah – langkah diatas.

Jadi, tunggu apa lagi? Jangan lepas peluang anda untuk menikmati ciri ini dari Delyva platform. Mudah, mudah dan berbaloi. Anda tidak perlu mengeluarkan apa- apa kos selain daripada mengunakan penghantaran mengunakan Delyva platform. Sebernanya banyak lagi kelebihan mengunakan pemasaran mengunakan label penghantaran ini antaranya ialah dapat meningkatkan kesedaran jenama dan juga memberi kelainan kepada jenama anda.

Menerusi gabungan kandungan info penghantaran dan juga jenama di label penghantaran tanpa anda sedari, perniagaan dan jenama anda akan meningkat dari semasa ke semasa. Imej perniagaan dan jenama anda akan cecah secara terus ke pengetahuan prospek secara tidak lansung.

Save time and money on shipping