Bagaimanakah Cara Mengira Berat Parcel Dengan Betul?
Kami mahu semua pelanggan di DelyvaNow menikmati pengalaman delivery mudah dan lancar. Daripada pengamatan kami, masih terdapat ramai pelanggan yang mengalami masalah under declare berat parcel. Jika berlaku masalah ini…
- Penghantar Ditunda: Bungkusan akan ditahan dan tidak akan diproses sehingga caj pembayaran tambahan dibayar oleh penghantar.
- Dikenakan Caj Penalti: Caj tambahan akan dikenakan oleh syarikat kurier berdasarkan jumlah berat berat lebihan yang ditimbang. Caj dikenakan dalam kadar normal dan juga akan ditolak dari akaun DelyvaNow anda.
Jadi, bagaimana untuk membuat kiraan berat parcel dengan betul? supaya dapat elakkan kena caj tambahan? serta menlancarkan proses delivery?
Jom langkah mudah di bawah:
Pertama: Timbang bungkusan anda di atas penimbang berat.
Kedua: Ukur saiz kotak untuk dapatkan berat volumektrik (tinggi x lebar x panjang)
Contohnya…
Berat sebenar: 5kg
Berat Volumetrik: (50 x 40 x 30) / 5000 = 12kg
Berat dicaj : 12kg
Mengapa Courier Menggunakan Berat Volumetrik?
Kebanyakkan courier menggunakan berat isipadu supaya mereka dapat mengira kos sebenar untuk menghantar setiap parcel. Lebih besar parcel, lebih banyak ruang diperlukan, secara tak langsung kos pengangkutan menjadi lebih mahal. Jika parcel besar tetapi ringan, harga akan dikira berdasarkan saiz, bukan berat.
Ok, saya harap anda jelas dengan penerangan article di atas, jika anda perlukan penjelasan lanjut boleh hubungi kami melalui Live Chat atau ke Delyva Help Center.
Terima kasih kerana buat keputusan menggunakan Delyva untuk urusan delivery anda.
Sama-sama kita menuju kejayaan.