Cara Pos Motosikal ke Seluruh Semenanjung Malaysia

Servis Penghantaran Motosikal dari Pintu ke Pintu

Rupanya masih ramai lagi yang tidak tahu bahawa platform Delyva mempunyai servis penghantaran motor ataupun Posmotor.

Adakah sesiapa disini masih lagi pening dan masih tercari-cari cara paling mudah, selamat dan juga dari pintu ke pintu servis penghantaran motor ini?

Jangan risau bagi penghantaran motor mengunakan Delyva ini meliputi kawasan semenanjung sahaja, Sabah dan Sarawak tidak termasuk dalam likungan kawasan yang meliputi bagi servis penghantaran motor ini.

Penghantaran motor ke mana-mana destinasi di Sabah dan Sarawak terpaksa gunakan cara lain. Cara yang paling popular ialah guna perkhidmatan pos laju. Jadi pada mereka yang masih tercari-cari solusi yang baik, Delyva ada jalan penyelesaiannya!

Terdapat juga penghantaran motor dengan mengunakan bas express katanya.

Tetapi dengan mengunakan Delyva, penghantaran motor anda lebih selamat, cepat dan paling penting motor akan diambil dari pintu rumah dan dihantar ke pintu rumah juga.

Perkhidmatan ini dikendalikan oleh FGV Courier sendiri di mana mereka juga merupakan salah satu syarikat courier yang menjalan servis penghantaran motor ini.

Nama mereka di dalam industri penghantaran motor tidak asing lagi malahan semakin mendapat kepercayaan dengan adanya servis mereka didalam platform Delyva.

PosMoto dengan Delyva

Ok, jadi mesti semua semakin tidak sabar macam mana untuk mengunakan servis ini dalam Delyva. Haaa!

Kebiasaanya penghantaran motor ini dilakukan oleh pelajar Universiti atau Kolej. Lagi – lagi semasa MCO (Movement Control Order) yang lepas. Permintaan tentang penghantaran motor ini melonjak tinggi di kalangan pelajar – pelajar di Malaysia.

Sebernanya tidak lah sukar untuk mengunakan servis PosMotor ini dengan Delyva.

Antara pekara yang anda perlu lakukan terlebih dahulu ialah mendaftar dengan Delyva disini.

Kalau anda sudah pun mempunyai akaun dengan Delyva sebelum ini, anda pula hanya perlu log in dan daftar masuk disini.

Maklumat Penting perlu ada untuk PosMoto adalah:

  1. Salinan Geran Motorsikal
  2. Salinan Kad Pengenalan
  3. Salinan Nota konsignmen tentang maklumat penghantaran.

Kunci motor tidak digalakkan untuk dihantar sekali, pengirim perlu menyimpannya sendiri. Kedua belah cermin perlu dicabut (terdapat risiko akan pecah). Motorsikal boleh dibalut (tedapat caj penambahan) atau tidak mengikut keperluan pengirim.

Cara untuk mengunakan PosMoto dengan Delyva

Bagi harga untuk PosMoto mengunakan Delyva. Anda boleh masukkan poskod pengirim dan penerima.  Pilih tetapan Motorsikal dibahagian item dan masukkan cc motorsikal anda disini. Bagi motorsikal yang mempunyai cc 150 kebawah akan berharga RM229 (harga berdasarkan tarikh sehingga 27/10/2020)

  • Daftar masuk ke Akaun Delyva

Pengirim perlu mendaftar masuk ke akaun Delyva mereka. Sebelum membuat penghantaran. Pengirim boleh memastikan kredit atau baki anda mencukupi sebelum membuat sebarang servis penghantaran motorsikal. Pengirim boleh menyemak harga penghantaran disini terlebih dahulu.

posmoto step 1
https://my.delyva.app/customer
  • Isikan kredit jika baki tidak mencukupi

Pastikan baki kredit akaun anda mencukupi bagi memastikan pelancaran transaksi sewaktu penempahan.

posmoto step 2
https://my.delyva.app/customer/payment
  • Klik pada “New Order” 
Pos Moto Step 3
https://my.delyva.app/customer/orders/new-order
  • Masukkan maklumat pengirim dan penerima yang lengkap supaya mudah untuk pihak FGV untuk mengambil dari rumah. 
Pos moto Sender Details
Sender Details
pos moto step 5 receiver details
Receiver Details
  • Pilih “MOTOCYCLE” pada Item Type, dan juga masukkan CC (pada bahagian Item Weight) dan nilai motorsikal anda bagi tujuan isytiharan. 
pos moto step 6
Letak CC basikal pada Item Weight (kg)

 

  • Pilih PosMoto pada bahagian “5. Choose service”Pos moto FGV
  • Akhir sekali, pastikan alamat penerima dan penghantaran adalah betul. Jumlah yang anda perlu bayar akan dipaparkan sebelum anda teruskan ke bahagian pembayaran. Klik pada “Confirm Order”

Delyva Confirm Order

  • Print “Nota konsignment. “posmoto MURAH

Bagi penghantaran servis PosMoto ini pihak Delyva akan mengunakan FGV Courier dimana mereka akan mengunakan servis penghantaran menggunakan lori atau 4×4.

Ini adalah sangat berbaloi kerana motosikal anda akan diambil depan pintu dan dihantar depan pintu juga. Door-to-door service. Bermakna kurier akan datang pick-up motosikal dari lokasi anda.

Cara untuk tracking lokasi motorsikal

Motorsikal anda boleh di track satu hari selepas motorsikal anda diambil oleh pihak kurier.

Anda boleh memasukkan tracking no yang tertera di nota konsignmen anda itu disini.

Pihak kurier akan membuat panggilan terlebih dahulu pada hari yang diminta untuk diambil motor bagi mengesahkan pengambilan motor, dan pada hari penghantaran juga pihak kurier akan membuat panggilan kepada penerima bagi memastikan penerima berada di kawasan yang diberikan.

Jika anda ada sebarang soalan, boleh hubungi kami melalui Live Chat 8AM -10PM setiap hari.

Save time and money on your delivery