Jimat masa dengan import orders dari Instabook (New)
Haaa! Pasti semua tertanya-tanya apa itu Instabook? Adakah ia gabungan dari Instagram dan juga Facebook? Jawapannya adalah tidak. Instabook ini adalah salah satu ciri produk di dalam platform Delyva yang membolehkan pelanggan kami untuk memgimport details atau orders customer secara lansung dari Whatsapp.
Kami tahu, order yang banyak dari customer boleh menyebabkan kekeliruan dari pihak penjual untuk membungkus order dan info berkaitan dengan pelanggan. Pasti juga anda penat untuk menaip satu demi satu atau maklumat pelanggan dari telefon ke online form. Bagi peniaga yang tidak mempunyai laman web atau platform untuk intergrasi antara laman web anda dan juga pihak logistic, ia adalah proses yang rumit dan banyak dengan memasukkan maklumat pelanggan satu demi satu ke dalam satu platform yang lain.
Jadi bagi peniaga yang mengunakan Whatsapp bagi menguruskan maklumat dan juga orders pelanggan Delyva ada solusi untuk anda! Kini anda boleh mengunakan Instabook bagi memudahkan dan menjimatkan masa tanpa perlu memasukkan maklumat pelanggan ke dalam platform lain satu demi satu lagi.
Jom guna Instabook
Kenapa Instabook perlu digunakan?
- Dapat menjimatkan masa perniaga
- Mengurangkan kadar kesalahan untuk memasukkan maklumat pelanggan
- Memudahkan para perniaga dan juga FREE!
Pengunaan Instabook ini adalah semudah ABC, di mana anda hanya perlu copy link yang disertakan dan beri kepada pelanggan anda untuk disikan. Sejurus itu, pelanggan anda akan klik pada butang submit dan secara automatiknya data yang disi itu akan masuk kedalam sistem Delyva.
Ini adalah cara mudah untuk mengunakan Instabook
Cara 1
Scroll ke bawah account Delyva anda dan cari INSTABOOK. Tekan pada butang itu dan anda anda dibawa ke halaman ini.
Cara 2
Tekan butang Integration dan gambar seperti dibawah ini akan dilihat. Selepas itu anda boleh tekan pada INSTABOOK “Add” dan link seperti dibawah akan diberikan. Hanya perlu “copy dan paste” link seperti yang diberikan kepada customer anda di WhatsApp.
Untuk bahagian customer anda pula, selepas mereka klik pada link yang diberikan itu mereka akan dibawa kepada halaman lain dan mereka hanya perlu submit maklumat yang diberikan dan maklumat itu terus available didalam sistem Delyva
Cara 3
Pergi ke bahagian Imported orders untuk memeriksa jika maklumat yang diisi pelanggan telah di submit. Jika bahagian imported orders anda mempunyai maklumat ini, bermaksud customer anda sudah submit maklumat yang diperlukan. Anda hanya perlu klik pada butang Ship yang berwarna hijau itu untuk proses ke bahagian seterusnya.
Cara 4
Selepas klik pada butang ship seperti diatas, anda akan dapat ke halaman ini untuk “confirmed process order“. Di halaman ini anda perlu isi untuk memastikan kurier pilihan dan juga masa dan tarikh penghantaran. Selesai bahagian ini, akan ada proceed order dan membuat pembayaran seperti biasa.
Mudah bukan untuk gunakan Instabook? Jadi tunggu apa lagi itu sahaja cara yang diperlukan untuk mengimport maklumat pelanggan dari Instabook. Hanya perlu copy dan paste sahaja link yang diberikan kepada WhatsApp pelanggan anda.
Mudah dan menarik? Jom guna Instabook!
Mudah Betul Guna Instabook
Boleh tengok video ini untuk penerangan dan juga cara yang lebih lanjut.