Memilih Penghantaran Segera dan Servis Kurier Kini Lebih Mudah dengan DelyvaNow

Nak hantar bungkusan atau apa sahaja jenis pakej kepada pelanggan anda secepat mungkin? Anda risau bungkusan anda tidak dihantar dengan selamat atau masih keliru untuk memilih servis kurier yang sesuai?

Sekarang tak perlu risau lagi dengan DelyvaNow.

Dengan DelyvaNow, anda boleh menjimatkan masa dengan memilih servis kurier dan syarikat penghantaran segera yang mempunyai reputasi terbaik bagi memastikan setiap penghantaran sampai dengan selamat ke destinasi. Kenapa kami berani berkata sedemikian? Di DelyvaNow, kami memastikan pelanggan boleh memilih sendiri servis kurier dan penghantaran segera yang dipercayai mereka sendiri dengan hanya satu klik.

Antara servis penghantaran segera yang terdapat di DelyvaNow adalah GrabExpress, Matdespatch, Mr. Speedy, Lalamove, Bungkusit dan banyak lagi yang mana anda boleh menghantar apa sahaja jenis barangan daripada pakej, dokumen, makanan hinggalah barang-barang dapur.

Syarikat yang menyediakan servis penghantaran pastinya memberi jaminan penghantaran yang cepat, selamat dan penghantaran yang boleh diharapkan. Ianya hanya mengambil masa satu jam atau kurang untuk anda untuk memilih destinasi sekitar Lembah Klang, Johor Bahru atau Penang. Ada sesetengah penyedia servis penghantaran yang merangkumi jarak penghantaran yang lebih jauh berbanding yang lain. Walau bagaimanapun, pilihan anda tidak terhad kepada penyedia penghantaran kurier di atas.

Anda juga boleh memilih penghantaran kurier ekspres seperti Pos Malaysia, Pos Laju, DHL eCommerce, CJ Logistics, NinjaVan, JnT, FGV, Aramex, AsiaXpress, dan banyak lagi di DelyvaNow sekiranya anda ingin menghantar pakej eCommerce kepada pelanggan kesayangan.

Servis seumpama ini menyediakan penghantaran yang luas, sama ada untuk domestik mahupun penghantaran antarabangsa.

Semak harga penghantaran dengan pantas

Melalui DelyvaNow juga, anda akan boleh membandingkan setiap servis sambil membandingkan harga dan jarak penghantaran yang disediakan penghantar kurier untuk memastikan anda memilih penghantaran segera yang mudah, cepat dan yang pastinya efisyen.

Dengan DelyvaNow, kuasa memilih penghantar kurier dan penghantar ekspres kini berada di tangan pelanggan. Bukan itu sahaja, dengan aplikasi mobil DelyvaNow juga memboleh anda untuk menghantar barangan kepada yang tersayang bila-bila masa.

Sebagai contoh, tempahan makanan harian, penghantaran bunga, barangan rumah, barangan dapur dan banyak lagi boleh dihantar secara tanpa sentuhan (contactless delivery) kepada pelanggan. DelyvaNow menyediakan servis yang sangat berguna untuk anda, terutama sekali di dalam era pandemik Covid-19 yang mana prosedur standard operasi berkuat kuasa dengan sangat ketat.

Apabila anda berkerja daripada rumah, anda pastinya tidak mempunyai masa untuk membeli belah semasa waktu PKP ini bukan? Jangan risau, ia kini bukan lagi satu masalah untuk anda. Anda kini boleh mengatur penghantaran menggunakan motosikal, kereta, kenderaan pacuan 4 roda, dan mahupun lori 1 hingga 3 tan untuk tujuan berpindah rumah atau sebagainya menggunakan DelyvaNow. Tidak perlu risaukan jarak dan lokasi kerana pengurusan penghantaran antarabangsa juga turut disediakan DelyvaNow yang merangkumi lebih daripada 200 negara.

Selain daripada menyediakan pilihan penghantaran kurier ekspres dan penghantaran segera, DelyvaNow juga menyediakan fungsi lain seperti menyimpan data alamat pengguna secara automatik, begitu juga dengan notifikasi status pengesanan yang diberi melalui emel, SMS mahupun melalui komputer ataupun telefon pintar anda.

Ciri-ciri pencetakan label cepat pada kertas A4 atau A5 atau pelekat A6, menganggarkan kos setiap kurier ekspres bungkusan dan perkhidmatan penghantaran segera, dan jadual pengambilan dan penghantaran bungkusan juga disediakan di DelyvaNow.

Bukan itu sahaja, pengguna DelyvaNow juga boleh menikmati pelbagai diskaun istimewa walaupun anda membuat penghantaran minimum, tambahan perlindungan insuran untuk barang bernilai RM200 ke atas dan banyak lagi faedah lain.

Pengguna DelyvaNow boleh menaikkan nilai kredit melalui plan tambah nilai yang berbeza sambil jimat masa dan wang tanpa perlu keluar rumah atau pejabat. Jadi, tunggu apa lagi?

Jom dan pilih servis kurier ekspres kegemaran dan servis penghantaran segera kegemaran anda hanya di DelyvaNow.

Untuk maklumat lanjut mengenai DelyvaNow, ketahuinya di www.delyva.com/my.

 

Save time and money on your delivery