Pos Barang Murah, Harga Tak Masuk Akal

Dah masuk musim perayaan ini, lagi ramai la yang akan gunakan perkhidmatan pos untuk menghantar barang, lagi – lagi perniaga online. Walaupun dah banyak perkhidmatan pos penghantaran barang di Malaysia ini tetapi akhirnya pasti pelanggan akan mencari yang cepat dan murah bukan? Tentunya antara perkhidmatan pos yang paling termurah di Malaysia adalah Flexiprepaid. 

Mungkin masih ramai yang tidak pernah atau tidak berapa biasa dengan “Flexiprepaid” tetapi biasa melihat dan mendengar tentang “Sampul Prabayar Flexiprepaid”. 

Mesti ramai yang masih tidak pernah dengar tentang kewujudan Flexiprepaid ini walaupun ia dah lama berada di bawah Pos Malaysia.

Apa sebenarnya Flexiprepaid ini? 

Flexiprepaid adalah perkhidmatan penghantaran oleh Pos Malaysia yang membolehkan anda menghantar barang ringan ke seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak dengan harga yang jauh lebih murah. 

Flexi ini antara produk daripada PosMalaysialebih spesifik Pos murah prabayar. Bagi Flexiprepaid, terdapat 3 harga yang akan dibayar oleh pembeli dengan maksimum berat sebanyak 2kg. Masa bagi penghantaran untuk Flexi prepaid ini adalah lebih lama berbanding Poslaju dimana selama 7 hari waktu bekerja. Tentunya Pos murah mengambil masa yang lebih lama berbanding Poslaju yang biasa. 

Berat 

Harga 

Kawasan 

Sehingga 500gm 

RM4.00 Seluruh Malaysia (termasuk Sabah & Sarawak) 

Sehingga 1kg 

RM6.20 Seluruh Malaysia (termasuk Sabah & Sarawak) 
Sehingga 2kg RM7.90 

Seluruh Malaysia (termasuk Sabah & Sarawak) 

Murah bukan? Jadi bagaimana untuk anda mengunakan servis Flexi ini melalui DelyvaNow? Ok jom kita baca maklumat ini dengan lebih lanjut. 

Cara menggunakan Flexiprepaid melalui DelyvaNow

DelyvaNow adalah penyelesaian penghantaran sehenti untuk e-dagang. Dengan Delyva, anda dapat menyelesaikan semua penghantaran dengan satu akaun dengan hanya beberapa klik.  

  1. Seperti yang disebutkan di atasanda hanya boleh mencetak label Flexiprepaid melalui DelyvaNow dan melekatkannya pada bungkusan yang dibungkus. Ini caranya:
  2.  Mula-mula anda perlu log masuk akaun Delyva anda. Daftar secara percuma di sini jika anda belum memilikinya
  3. Klik “Single Shipment” untuk buat penghantaran baru dan isikan maklumat penghantaran seperti alamat pengirim dan alamat penerima.

4. Setelah anda mengisi borang ini dan melengkapkan pembayaran, ia akan menghasilkan label Flexiprepaid rasmi. Cetak dan tampalkan ke bungkusan anda seperti ini. 

Rajah 2: Doket bungkusan

Rajah 3: Kertas Konsignmen

Kelebihan mengunakan Flexiprepaid di DelyvaNow

Selain dari harga yang murah dan juga mudah, apa lagi kelebihan Flexi ini bila anda gunakan di DelyvaNow

  1. Dapatkan harga penghantaran yang lebih murah untuk penghantaran ke seluruh Malaysia (termasuk Sabah & Sarawak) 
  2. Selaraskan proses penghantaran anda
  3. Jejak bungkusan anda dalam satu klik
  4. Memberi informasi kepada pelanggan secara automatik mengenai kemas kini penjejakan (Tracking No.)
  5. Simpan alamat pelanggan secara automatik (Address book)
  6. Akses sokongan pelanggan melalui sembang lansung (live chat). Setiap hari 9 pagi hingga 10 malam

Untuk info lanjut, anda boleh layari disini https://delyva.com/my/

Save time and money on your delivery