3 Cara Mudah & Jimat kos postage untuk Peniaga Online dengan Pos Flexiprepaid

Sebagai perniaga yang menjual secara dalam talian, penting untuk mengetahui pelbagai pilihan yang ada untuk mendapatkan produk yang dihantar kepada pelanggan anda dengan harga termurah ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Pos Laju adalah salah satu perkhidmatan kurier yang paling popular di Malaysia. Tetapi Pos Malaysia juga menawarkan pilihan penghantaran yang lebih ekonomik yang disebut Flexiprepaid. Bukan sahaja murah, jimat dan memudahkan. Sesuai untuk pelanggan yang kerap pos barangan yang kecil dan ringan ke Sabah dan Sarawak atau sebaliknya.

Flexiprepaid sangat bagus untuk perniagaan e-dagang kerana ia membolehkan anda menjimatkan lebih banyak kos penghantaran dan menawarkan harga penghantaran yang lebih baik kepada pelanggan anda.

Apa sebenarnya Flexiprepaid?

Flexiprepaid adalah perkhidmatan penghantaran oleh Pos Malaysia yang membolehkan anda menghantar barang ringan ke seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak, dengan harga yang jauh lebih murah.

Walau bagaimanapun, pilihan ini hanya terhad kepada 2kg dan akan memakan masa lebih lama daripada perkhidmatan kurier ekspres seperti Pos Laju.

Bagaimana untuk mengunakan Flexiprepaid?

1. Daftar akaun dengan DelyvaNow

Daftar dengan platform DelyaNow. Sahkan alamat e-mel anda sebelum meneruskan penggunaan akaun. Isi semua butiran yang diperlukan seperti alamat e-mel, no hubungi, ambil maklumat syarikat lokasi.

Semua maklumat ini adalah untuk mengelakkan tindakan berulang yang perlu diisi semasa tempahan dibuat berdasarkan maklumat pengirim. Pelanggan hanya akan beralih ke maklumat penerima kerana alamat butiran pengirim dan lain-lain akan menjadi maklumat tetap.

 

2. Tambah Nilai akaun DelyvaNow anda

Terdapat beberapa pilihan topup untuk dipilih dari BD1 hingga BD5. Untuk mendapatkan harga penghantaran Flexiprepaid RM4.00, anda boleh memilih harga topup BD5 atau BD4 untuk mendapatkan harga terbaik untuk Ninja Van. Anda boleh menyemak harga untuk pilihan topup di sini.

Pelan topup kami memberi pelanggan harga terbaik dan harga lebih murah untuk pelanggan Flexiprepaid.

Berikut merupakan harga didalam Plan Tambah Nilai DelyvaNow

flexiprepaid

 

3. Tempah Penghantaran

Bagi Flexiprepaid, penghantaran barangan hanyalah perlu di “drop” di Pejabat Pos Malaysia yang berdekatan. Tiada servis “pick up” bagi Flexiprepaid.

Untuk lokasi yang menerima item Flexiprepaid boleh didapatkan di sini.

Kenapa Mudah mengunakan Flexiprepaid ini?

Antara beberapa sebab kenapa pelanggan kami gemar mengunakan Flexiprepaid ini adalah kerana:

  • Harga yang murah walaupun ke Sabah dan Sarawak
  • Boleh menjejaki atau TRACK barangan secara automatik
  • Tidak lagi perlu menulis dengan manual di atas kertas
  • Kesemua maklumat dan pengeluaran duit boleh dijejaki didalam satu sistem DelyvaNow.

Pengunaan Flexiprepaid melalui DelyvaNow ini sudahpun mula digunakan secara meluas. Disebabkan oleh kawasan penghantaran yang besar oleh Pos Malaysia, pelanggan masih memilih untuk mengunakan perkhidmatan Flexiprepaid ini walaupun mengambil masa yang sedikit lama berbanding Pos Laju.

So tunggu apa lagi? Jom mendaftar disini https://delyva.com/my/

Save time and money on your delivery