Wani Fadzil, Jana pendapatan lumayan walau hanya menjual jenama orang lain.

Mula berniaga sejak zaman universiti, jual pakaian dari indonesia & dari malaysia. Hanya sebagai dropship, suka suka untuk dapatkan side income. Dari tahun ke tahun cuba buat improvement. Tahun 2017 jumpa brand Kekaboo dan waktu tu tak teragak – agak untuk keluarkan modal dan cebur diri dalam jualan tudung bercorak. 

Saya bermula….  

“Tiada produk sendiri, hanya produk orang” 

Mula berniaga waktu di Universiti, tapi perniagaan mula serius pada tahun 2017 selepas join kekaboo. Mula berkembang pada tahun 2020 iaitu pada Malaysia dilanda Covid 19 & PKP dijalankan. Waktu ini ramai yang join dropship di bawah saya, antara sebabnya untuk isi masa lapang dan hari hari ke hari mereka semangat dan serius untuk berniaga.

Buat masa sekarang ada 4 orang staff, yang baru sahaja diambil sebab tak boleh nak handle sendiri. Dua orang staff sebagai admin dan bekerja dari rumahdua orang sebagai QC dan packing. 

Lokasi perniagaan di Semenyih, dan 100% beroperasi di rumah dan online sahaja. Hanya buka selfcollect untuk agent dan dropship collect tudung. insyaAllah akan datang akan buka kedai untuk customer walk in. Niche perniagaan menjual akesori wanita seperti tudung dari Kekaboo dan Sabella. Tiada produk sendiri dan hanya menjual produk orang.  

Pengalaman yang tidak boleh dijual beli 

Pengalaman bahagia pernah jual offline buka carboot, gerai. Dapat Top Seller 3 bulan berturut, dapat bantu orang lain dengan bisnes ni terutama Team Wani Fadzil. Pengalaman paling sedihada tapi biarlah dirahsiakan, yang sedih tu jadi pemangkin semangat untuk buat lebih baik.

Perubahan ketara 

Antara perubahan terbesarpernah target untuk berhenti kerja, dan selepas 5 tahun impian tu terlaksana. Impian nak fokus pada bisnes. Berada dalam circle yang positif dan sekarang diri sendiri sentiasa positif. Sentiasa buat sesuatu untuk maju setiap hari, bulan dan tahun. Perubahan terbesar bukan pada jumlah jualan sahaja, tapi pada diri sendiri terutamanya. 

Membantukah Delyva dalam perniagaan 

Memudahkan dari segi untuk key in consignment note secara online, dan dengan delyva boleh direct bagi tracking number pada no whatsapp customer. Selain itu, no tracking juga ada diberikan melauli email. Dah siap semuatinggal drop off atau boleh pilih untuk kurier pickup parcel 

Relevan ke lagi jual tudung, baju semua ni? Orang cakap niche ni dah too tight?  

Mungkin orang kata kuasa membeli semakin berkurangtetapi sebenarnya tidak. Kita nampak kurang sebab kita tak jumpa orang yang nak dan orang tu membeli dengan orang lain. Mungkin secara offline permintaan orang tu kurangtapi boleh bertukar kepada online dan sememangnya kuasa membeli tu masih tinggi.

Tinggal kita sahaja nak usaha macam mana nak dapatkan ia. Jadi bagi saya, niche pakaian ini masih relevan, sebab orang akan cari juga yang baru. 

Nasihatnasihat, advice? 

MURAH, PANTAS DAN MUDAH. Nasihat pada peniaga kecil seperti sayateruskan sahaja apa yang kita buat betul dan gandakan. Kalau dulu sebelum pkp banyak fokus pada offline, masa inilah untuk beralih pada online dan belajar benda baru. Terus belajar dan belajar untuk mantapkan lagi apa yang kita ada 

 

Save time and money on your delivery