10 Langkah Memasarkan Perniagaan Restoran Secara Online
Dalam era digital zaman ini, mempunyai identiti digital atau online adalah satu peluang buat mana-mana perniagaan untuk terus hidup dan berjaya. Tiada lagi stigma bahawa proses digital hanyalah untuk syarikat besar. Namun, dengan keadaan pandemik, kita telah banyak melihat banyak perniagaan yang telah berjaya mewujudkan identiti online tersendiri untuk mencapai kejayaan.
Dengan pelbagai larangan terhadap restoran yang dikenakan di kala musim PKP ini, termasuk penyediaan dan pelanggan menjamu selera di kedai, konsep bungkus dan bawa pulang makanan menjadi pilihan peniaga, maka identiti online adalah kunci kepada jawapan untuk kebanyakan pengusaha restoran.
Sebelum kita membincangkan lebih lanjut tentang tip-tip untuk memulakan perniagaan restoran anda secara online, pastikan bahawa makanan yang dijual di restoran anda sedap dan menepati kehendak selera pembeli.
Ini 10 tip dari kami bagaimana untuk memasarkan perniagaan restoran anda secara online.
1. Sediakan cara pesanan secara online
Ibarat anda mencipta satu laman web, jadikan ia mudah untuk pembeli. Jadikan pengalaman membeli di laman web sesuatu yang mudah dan membantu pembeli untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk dan proses pembeliannya.
Ringkas adalah kata kuncinya, namun jangan lupa mesej utama yang hendak disampaikan adalah pilihan makanan yang disediakan. Jom ke Maynuu untuk membina laman web pesanan secara online bagi perniagaan makanan dan minuman anda. Ia mudah dan mempunyai sistem pesanan online komprehensif untuk perniagaan makanan dan minuman anda. Ia juga mempunya sistem pembayaran online dan penghantaran yang tidak mengurangkan keuntungan anda. Terdapat banyak lagi platform online yang menjadi pilihan seperti Orderla, Yezza, KiahStore, dan WhyQ. Platform ini memberikan URL yang memudahkan anda untuk berkongsi laman web, media sosial atau platform perhubungan kepada pelanggan anda. cth: Minang Kapau, WoodFire Ampang, SorruStation, Tokwan Nasi Ayam Golek, EatSetiawangsa.
Jangan lupa, terdapat jugak servis penghantaran makan lain yang boleh digunakan oleh restoran anda seperti Maybank Sama-Sama Lokal, airasia Food, GrabFood, FoodPanda, EasyEat dan banyak lagi.
2. Kolaborasi dengan servis penghantran
Servis penghantaran amat penting untuk memastikan apabila pelanggan membeli makanan anda, mereka dapat menerimanya tepat pada waktunya dan dalam keadaan baik.
Dengan jalinan kerjasama Maynuu dan DelyvaNow, platform tempahan dalam talian untuk perkhidmatan penghantaran yang mempunyai lebih daripada 7 rakan perkhidmatan penghantaran segera untuk memaksimumkan liputan penghantaran walau di mana pun anda berada dan memastikan restoran mempunyai akses kepada penghantar terutamanya pada waktu puncak.
Dengan mempunyai banyak pilihan servis penghantaran yang dapat dipilih, pelanggan anda dapat memilih servis penghantaran yang paling relevan untuk digunakan untuk memastikan makanan dihantar tepat pada waktunya.
3. Gambar makanan yang menyelerakan
Siapa sahaja yang tidak termakan dengan gambar makanan yang menyelerakan dan terus membuat pesanan disebabkan teringin hendak mencubanya.
Semasa membuat laman web dan memuat naik menu anda, pastikan imej makanan yang dijual adalah jelas dan menggunakan foto yang menarik untuk mendapatkan perhatian pelanggan.
Anggaplah ini sebagai satu bentuk impresi pertama anda terhadap mereka. Dengan gambar makanan yang menggoda, pelanggan akan lebih tertarik untuk membuat pesanan dan meningkatkan penjualan anda.
4. Laman Google
Menyiapkan halaman Google restoran anda adalah sama penting dengan membuat laman web itu sendiri. Memastikan halaman anda disiapkan secara menyeluruh adalah kunci. Pastikan laman web anda adalah yang pertama mendapat perhatian pelanggan ketika mereka mencari restoran anda. Ini juga membantu sebagai penunjuk arah sama ada untuk pelanggan atau pemandu penghantaran anda.
Jangan lupa untuk kemaskini maklumat restoran dan maklum balas yang diberikan oleh pelanggan. Ianya adalah sangat penting supaya pelanggan baharu tahu bahawa restoran anda sangat menitik beratkan maklum balas daripada pelanggan sebelum ini.
5. Instagram
Menggunakan media sosial sebagai salah satu alat untuk mempromosikan perniagaan adalah sangat penting terutamanya Instagram. Cuba untuk maksimumkan sosial media ini dengan kandungan visual yang cantik dan untuk menarik pelanggan dan peminat makanan anda.
Imej yang digunakan tidak semestinya 100% makanan, tetapi anda juga boleh gunakan gambar pelanggan yang sedang menikmati makanan di restoran anda. Ini penting untuk menggambarkan bahawa restoran anda adalah mesra untuk pelanggan dan tidak bertujuan untuk membuat duit semata-mata.
6. Promosikan kandungan yang dibuat oleh pelanggan (User-Generated Content)
Sebarang bentuk kandungan yang dibuat sendiri oleh pelanggan atau lebih dikenali sebagai User Generated Content (UGC) adalah salah satu strategi yang sangat efektif dalam perniagaan yang mana anda menggunakan pengalaman daripada pelanggan sedia ada dan dimuat naik ke laman web restoran.
Kandungan seumpama ini selalunya boleh didapati daripada pelanggan melalui pertandingan untuk mempromosikan restoran. Sebagai pulangannya, anda dapat kandungan daripada pelanggan secara organik tentang apa yang mereka gemari mengenai makanan dan minuman di restoran anda.
7. Sahkan setiap maklumat restoran online anda adalah tepat
Perkara terakhir yang anda inginkan dari pelanggan yang sedang melihat laman web restoran adalah pelanggan yang keliru sama ada restoran anda dibuka atau tutup untuk hari-hari tertentu.
Pastikan anda sentiasa kemaskini maklumat online restoran anda terutamanya jika restoran anda tutup pada hari tertentu supaya pelanggan tidak keliru dan tahu bahawa mereka tidak membuat pesanan daripada restoran anda.
Maklumat seperti waktu operasi juga akan membantu pelanggan untuk membuat pembelian awal daripada restoran anda.
Paling penting, pastikan gambar dan maklumat yang dipaparkan di menu anda sentiasa dikemaskini. Jangan lepaskan peluang untuk mempromosikan menu khas yang hanya ada setahun sekali pada menu restoran anda!
Jangan lupa untuk letak URL pada laman Google anda supaya pelanggan mudah untuk klik dan membuat pembelian. Ini juga dapat dilakukan di beberapa platform lain termasuk media sosial seperti Instagram dan Facebook!
8. Pantau imej online restoran anda: Penilaian servis
Sama seperti #4 Laman Google, anda perlu sentiasa lihat penilaian servis yang diberikan oleh pelanggan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan makanan yang dihidangkan.
Tiada restoran yang sempurna, dan mengetahui apa yang pelanggan mahukan dalam maklum balas amat membantu. Kadang kala, restoran memberikan insentif seperti baucar tunai kepada pelanggan supaya mereka memberikan maklum balas online yang jujur.
Psst..ini tip untuk dapatkan penilaian sekurang-kurangnya 4.5. Penilaian yang tinggi kebiasaannya menjadi penarik kepada pelanggan baharu apabila mereka tidak pasti dengan restoran anda.
9. Kolaborasi dengan Penulis Blog Makanan
Pelanggan kebiasaanya bergantung kepada saranan orang lain untuk membuat pilihan. Termasuk juga dengan keputusan untuk mencuba makanan di restoran baharu.
Bekerjasama dengan penulis blog makanan seperti DailyMakan, EatDrinkKL, The Halal FoodBlog, The Food Ranger, dan Azfar Badrul membantu untuk mempromosikan restoran anda. Platform informasi mengenai makanan ini mempunyai capaian yang tinggi dan sekiranya makanan anda betul-betul mempunyai kualiti yang tinggi, mereka mampu mencapai ke pengetahuan masyarakat secara meluas dan lebih berkesan.
10. Promosi iklan restoran anda secara Geo-Targeted
Banyak servis pengiklanan online seperti Google Ads, Facebook, Twitter, Waze menawarkan sasaran Geo-Targeting sebagai pilihan supaya perniagaan anda mampu untuk mencapai sasaran geografi untuk pengguna sasaran anda. Ambil peluang dan maksimumkan strategi ini untuk dapatkan pelanggan yang anda inginkan. Lebih banyak pelanggan anda dapat, lebih banyak jualan dan restoran anda dapat lebih banyak perhatian.
Ini ringkasan untuk 10 langkah memasarkan perniagaan restoran anda secara online
- Cipta laman yang yang memudahkan pelanggan
- Kolaborasi dengan pelbagai servis penghantaran untuk memastikan makanan sampai tepat pada waktunya
- Guna gambar yang menarik perhatian di laman web restoran
- Maksimumkan penggunaan Laman Google
- Promosikan restoran anda di Instagram
- Dapatkan kandungan organik daripada pelanggan anda
- Sentiasa kemas kini maklumat restoran anda
- Pantau imej online restoran
- Kolaborasi dengan penulis blog makanan
- Gunakan iklan bersasar untuk tingkatkan perhatian untuk perniagaan anda
Kami harap 10 tip ini membantu untuk jadikan perniagaan mempunyai imej online yang bagus!