3 sebab kenapa anda perlu berniaga di EZASSIST?

Ezzassist

Ezzassist? apa tu Ezzassist? tidak pernah dengar sebelum ini?

Jangan risau.

Jom kita crash course apa itu Ezzassist sebelum kita bercerita lebih lanjut.

Ezzassist adalah adalah platform yang membolehkan perniagaan mempercepat transformasi digital dengan mula menjual secara dalam talian menggunakan media sosial khasnya facebook messenger, kedai web dan pelbagai pasaran. EZAssist membolehkan perniagaan melancarkan kedai jualan mereka di ruang digital, menghubungkan ke pelbagai pasaran seperti shopee untuk membolehkan akses kepada pengguna. Ia juga menghubungkan ke syarikat penghantaran / logistik tempatan dan gerbang pembayaran sehingga perniagaan dapat memilih rakan logistik / pengiriman dan pembayaran yang paling sesuai dan mula menjual di ruang digital dengan serta-merta.

Berbaloi berniaga dengan Ezzasisst

Mesti ramai yang sudah tahu yang platform Ezzassist adalah salah satu usaha kerjasama MDEC dan Kementerian Kewangan dalam membantu pengusaha tempatan menjalankan perniagaan mereka dalam talian.

Jadi susah tentu kebanyakkan perniaga dalam platform ini adalah penjual tempatan kita sendiri dengan hasil produk lokal mereka. Jadi tunggu apa lagi tu? Jika anda seorang perniaga yang masih lagi tercari-cari platform yang baik untuk mempromosi perniagan secara dalam talian, Ezzasisst menyokong usaha para perniaga ini untuk kekal bersaing dengan keaadaan pandemik sekarang ini.

Antara sebab kenapa berbaloi berniaga dengan plattform Ezzassist ini:

1. Mudah dan cepat!

Anda hanya perlu mendaftar disini.

Dengan platform EZAssist, para usahawan dapat mengisi katalog produk, menggunakan shopping cart dan payment gateaway yang tersedia, menguruskan pertanyaan dan khidmat pelanggan melalui chatbot, memilih servis penghantaran, menggunakan bahan promosi seperti e-poster, mesej WA, iklan dan banyak lagi hanya dalam satu platform.

Kenapa Pilih Program Smart Seller?
• Tiada yuran bulanan langganan selama setahun dan PKS akan dicaj kadar komisen pada 15% hanya apabila mereka telah berjaya menjual produk.

• Daripada caj komisyen yang dikenakan, kami pulangkan 7% dalam bentuk subsidi seperti diskaundan penghantaran PERCUMA. Para pegawai Kidmat Sokongan terlatih kami juga sentiasa bersama dalam membimbing para usahawan di setiap langkah sehinggalah mereka dapat menguruskan perniagaan atas talian mereka melalui sistem kami sendiri.

• PKS yang berdaftar mempunyai akses PERCUMA ke latihan ciri-ciri kegunaan platform.

ezzassist

2. SATU platform yang menghubungkan kesemua platform perniagaan anda.

Jika anda sebelum ini menjual di platform seperti Facebook atau shopee, anda kini boleh menghubungkan platform Ezzassist dengan platform anda dan centralized semua platform anda dengan Ezzassist.

Platform pembayaran dimana ia menghubungkan sistem pembayaran dan juga sistem penghantaran dari satu platform.

3. Penghantaran percuma selama 1 bulan!

Ini merupakan promosi yang terbaru dari pihak Ezzassist. PROMOSI 1 BULAN PENGHANTARAN PERCUMA bagi usahawan ataupun seller di platform Ezzassist.

Ini adalah salah satu promosi terbesar yang diberikan oleh mana mana platform dimana kos penghantaran telah disubsidikan sebanyak RM500. wow!

EZZASSIST

Untuk info lebih lanjut anda boleh baca disini.

Save time and money on your delivery